Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini berikutan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.
Pengumuman ini sekaligus mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya netizen yang mempersoalkan beberapa perkara.
966 daripada 1,077 sampel positif COVID-19 dari 21-29 Dis telah menunjukkan presumptive Omicron & 77.6% melibatkan pengembara dari Saudi. Penangguhan sementara aktiviti umrah adalah untuk memperlahankan penularan varian Omicron. Penilaian risiko akan terus dilakukan. pic.twitter.com/tL28q23emQ
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 2, 2022
Setuju umrah ditangguhkan tapi sekat perjalanan ke UK juga
Antara yang menjadi perbualan netizen ialah tindakan kerajaan yang masih membenarkan perjalanan ke negara seperti United Kingdom (UK) meskipun negara tersebut mempunyai kes COVID 19 yang tinggi gara-gara penularan varian Omicron.
Menerusi perkongsian bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh di Twitter, dia bersetuju umrah ditangguhkan dalam situasi ini namun percutian ‘suka suki’ ke negara seperti UK juga patut ditangguhkan memandang situasi COVID 19 makin memburuk.
Baiklah, umrah dihentikan seketika, saya setuju.
Langkah sama perlu juga dikenakan kepada pengembara yang sesaja gatal nak jalan London sekarang, macam lah London tu nak runtuh sehari dua lagi.
My point is, tak perlu lah unnecessary travel utk suka suki sekarang ni.
— Izwan Azir Saleh 🇲🇾 (@IzwanAzirSaleh) January 1, 2022
Pandangannya juga dipersetujui ramai netizen yang merasakan kerajaan patut mengetatkan perjalanan ke mana-mana negara yang kini dilanda Omicron.
Dalam pada itu, semua industri yang terlibat dengan perkhidmatan umrah juga akan dijangka menanggung kerugian sebanyak RM60 juta dalam tempoh sebulan ini, lapor Harian Metro.
Pun begitu, Khairy Jamaluddin menerusi tweetnya berkata, penangguhan umrah ini juga dibuat berdasarkan 78% presumptive Omicron baharu yang mana kebanyakannya datang dari jemaah umrah.
Lebih mengerikan apabila dia juga memaklumkan kemungkinan besar gelombang Omicron juga akan bermula di Malaysia tidak lama lagi.
Apa-apapun marilah kita doakan semoga dunia ini cepat pulih.
Baca: Kerajaan Tangguh Ibadah Umrah Bermula 8 Januari – Menteri Kesihatan