Bagi sesiapa yang tak tahu, Dee Kosh ni merupakan YouTuber yang terkenal kerana membuat video muzik parodi dan komedi serta turut membuat ulasan makanan di saluran YouTube Night Owl Cinematics (NOC).
Baru-baru ini, YouTuber terkenal Singapura, Darryl Ian Koshy ini telah mengaku bersalah atas tuduhan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, menurut laporan The Straits Times Singapore.
Lelaki berusia 33 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Remaja pada 30 Mei lalu. Koshy turut diminta untuk menghadiri pemeriksaan perubatan di Institut Kesihatan Mental sebelum dia dijatuhkan hukuman bersama 4 lagi pertuduhan lain.
Selain itu, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Filem apabila dia dikatakan membuat filem lucah dengan merakamkan dirinya melakukan aksi seksual dengan 2 orang lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun.
Umpan wang sebagai pertukaran seks kepada remaja bawah umur
Timbalan Pendakwa Raya Lim Ying Min berkata yang Koshy menawarkan $2,000 (RM6,385) kepada seorang remaja berusia 16 tahun sebagai pertukaran kerana benarkan dia lakukan seks oral terhadap remaja itu.
Beberapa firma lain yang pernah bekerja dengan Koshy sebelum ini termasuk Huawei, Foodpanda dan Lenovo memaklumkan yang kontrak antara mereka dan Koshy telah berakhir.
Percubaan eksploitasi seksual terhadap remaja membolehkan dia dipenjara sehingga 5 tahun, didenda sehingga $10,000 (RM31,929) atau kedua-duanya di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.
Semoga isu yang melibatkan YouTuber ini dapat diselesaikan dengan segera!