in

Umai Hampir Tak Sertai WCOPA Kerana Kekurangan Dana RM 80K, Siti Nurhaliza Bantu Beri Dana

syaz ft 2025 01 22T114446.675

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama penyanyi muda, Ummi Umairah meningkat naik selepas memenangi pingat emas di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jun tahun lalu.

Ummi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai juga merupakan anak buah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anak kepada Siti Sairah.


Artikel berkaitan: “Jangan meninggi diri ye” –  Berduet Dengan Cakra Khan, Siti Nurhaliza Titip Pesan Buat Umai

Artikel berkaitan: “Segan dengan gelaran Biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa” –  Siti Nurhaliza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Berkongsi pengalaman menyertai WCOPA, Siti Sairah berkongsi anaknya itu hampir menarik diri dari pertandingan tersebut kerana kos perbelanjaan mencecah RM 80,000.

Namun, tiga minggu sebelum pertandingan itu berlangsung Siti Nurhaliza, kakak kepada Siti Sairah membantu mencukupkan dana agar Umai dapat bertanding mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.

“Malangnya, dana yang kami berjaya kumpulkan terlalu sedikit. Jadi, apabila Siti tahu, dia terus meminta Umairah jangan patah semangat. 

Bukan hanya beri sokongan moral dia juga mencukupkan kos yang boleh dikatakan agak besar jumlahnya itu. 

Kami sangat terhutang budi dan terharu kerana dengan pertolongannya Umairah dapat mengharumkan nama negara,” kata Siti Sairah.

Sebagai info, Umai berjaya merangkul pingat emas dalam kategori junior vokal dalam WCOPA yang diadakan di California itu.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.