Korang terutamanya kaum wanita yang selalu singgah dekat kedai kosmetik, mesti pernah cuba tester gincu yang ada tersusun dekat display kedai. Tapi, korang kena beringat sebab tester tersebut sudah digunakan terdedah dan digunakan oleh orang lain.
Kongsi gincu boleh kena herpes?
Sedang topik ini kecoh dibincangkan di TikTok kerana ada orang yang mendakwa dia terkena jangkitan Herpes walaupun belum berkahwin, seorang doktor telah terpanggil untuk membuat penjelasan bagaimana virus itu boleh tersebar.
Artikel berkaitan: “Memang nikmat tapi mudarat” – Doktor Kongsi 7 Makanan & Minuman Perlu Dielak Lepas Makan Durian
Artikel berkaitan: “Nampak kecil tapi..” – Doktor Perjelas Kesan Tembakan Peluru, Boleh ‘Hancurkan’ Organ Dalaman?
Menurut portal WHO, herpes atau nama sebenarnya Herpes Simplex Virus (HSV) adalah jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan seperti ulser. Ia selalunya merebak melalui sentuhan kulit ke kulit.
Doktor Rusydina melarang orang ramai untuk mencuba tester gincu terus ke bibir selain sudu, garpu, botol minuman serta straw juga tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
Herpes virus ada dua jenis, HSV-1 dengan HSV-2. HSV-1 Herpes majoriti memang berjangkit dekat bahagian mulut, nama lainnya ‘Oral Herpes’. HSV-2 selalu menjangkiti alat kelamin, nama lainnya ‘Genital Herpes’.
Walaupun Herpes Type 1 bermula daripada bahagian mulut, ia dikategorikan sebagai STD (Sexually Transmitted Infection) atau jangkitan seksual kerana ia juga boleh menjangkiti alat kelamin.
Walaupun Herpes Type 1 tu dia banyak dekat mulut, dia juga boleh menjangkiti alat kelamin dan daripada alat kelamin, boleh juga menjangkiti mulut.
@dr.rusydina Replying to @hardin69 oral herpes ada ubat tak? Saya share tentang herpes simplex virus type 1. Video saya share pasal std tu kat sini @Dr Rusydina #herpes #oralherpes #hsv #hsv1 #herpessimplex #coldsore #medicaltiktok #doctorsoftiktok
♬ original sound – Nhạc Thư Giãn Giảm căng thẳng – Nhạc Thư Giãn Giảm căng thẳng
Macam mana boleh berjangkit?
Menurutnya, Herpes Type 1 boleh berjangkit apabila bercium mulut antara satu sama lain dan lebih membahayakan apabila salah seorang itu ada jangkitan yang aktif seperti ulser ataupun bengkak kerana terdapat virus di sekitar itu.
Kalau dia makan atau minum guna sudu atau straw, benda tu boleh tersebar ke atas benda yang dia makan atau minum tu dan kalau orang lain guna sudu atau straw tu, orang lain pun boleh terkena Herpes. Sebab tu you boleh terkena Herpes walaupun tak buat hubungan kelamin.
Bagaimanapun, virus Herpes ini akan kekal dalam badan walaupun ulser tersebut sudah pun pulih. Contohnya, apabila seseorang itu pernah dijangkiti virus Herpes untuk pertama kali, kemudian dia demam atau sakit kepala dan sistem imunisasinya sedang rendah, virus Herpes akan mengakibatkan ulser pada bahagian bibir atau dalam mulut.
Rawatan untuk ‘Oral Herpes’ adalah ubat antivirus atau krim antiviral untuk menyembuhkan ulser tersebut. Bagaimanapun, fungsi ubat hanyalah untuk mengurangkan virus pada ketika itu bukan menghilangkan terus virus itu dalam badan.
Ilmu baru ni! Thank you doktor!
Sumber: TikTok