in

Ular Sawa Menyorok Dalam Mangkuk Tandas, Kanak-kanak Cedera Dipatuk Ketika Buang Air Kecil

ular sawa mangkuk tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uish ngeri ni! 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipatuk seekor ular sawa ketika hendak membuang air kecil di rumahnya dekat Apartment Prima Court, Saujana Melawati, Ampang, tengah hari semalam.


Kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi itu berlaku ketika kanak-kanak yang dikenali sebagai Hadi ini masuk ke dalam tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat tersebut.

Ibunya, Adibah Aziz berkata, anaknya telah dipatuk ular ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.

Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.

“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” katanya.

EjR0hYiO BULETIN TV3 AD

Anaknya kemudian telah dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.

Menurutnya lagi, Hadi telah mengalami kecederaan di celah kelangkang dan tangan akibat terkena gigitan haiwan reptilia itu. Namun mujurlah doktor memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan stabil.

Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihak bergegas ke tempat kejadian sekitar jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Empat orang anggotanya telah berjaya menangkap ular tersebut dan membawa pulang ke pejabat mereka.

Allahu takutnya! Mereka yang ada anak kecil tu, sebaiknya tinjau dulu mangkuk tandas sebelum bagi anak-anak gunakannya. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.