in

Typhoid Mary : Kisah Si Tukang Masak Sebar Penyakit Demam Kepialu Dari ‘Air Tangannya’

Ft Typhoid Mary

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang pernah dengar kisah ini, tetapi admin mahu kongsikannya semula untuk menyatakan bahawa betapa pentingnya suntikan Typhoid (Tifoid) terutamanya bagi pengusaha perniagaan makanan.


Kisah dimana seorang wanita yang telah menyebarkan penyakit demam kepialu sehingga boleh meragut nyawa.

 

Mary Mallon

44848397 2199417720348088 6927469235526434816 N

Seorang wanita dari Ireland berumur 14 tahun pada ketika itu berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mencari rezeki. Dia bekerja sebagai tukang masak untuk keluarga-keluarga elit, air tangannya memang enak-enak belaka.

Kerja pertama Mary di sebuah rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan.

Memandangkan dirinya pembawa bakteria Salmonella typhi (S. typhi),  kedua-dua keluarga majikannya itu telah mendapat demam dan cirit-birit dimana ia adalah sebahagian daipada gejala Tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.

 

‘Lompat kerja’ sebab majikan kena keracunan makanan

Screenshot 2022 10 17 170433

Tak terhenti disitu, ahli keluarga seorang peguam yang dia berkhidmat juga alami perkara yang sama, sebanyak 7 ke 9 orang mengalami gejala-gejala tersebut.

Ketika berpindah kerja ke Long Island, empat hingga 10 orang ahli keluarga majikannya dimasukkan ke hospital, pada waktu itu Mary baru sahaja kerja 2 minggu.

Sejak itu, Mary kerap bertukar-tukar tempat kerja dan setiap kali dia berhenti itu lah akan ada keluarga yang terkena jangkitan tersebut.

Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.

 

Wabak Tifoid mula menyerang orang kaya

Screenshot 2022 10 17 170644

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, Tifoid ini lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor, tetapi ia menjadi kemusykilan bagaimana wabak ini boleh menyerang orang kaya yang mempunyai persekitaran yang bersih.

Dari situ, Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.

Mary berjaya dijejaki ketika berada di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif. Pada waktu itu, dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu.

 

Maki hamun bila nak jalankan siasatan, tak nak mengaku jadi punca orang meninggal dunia akibat Tifoid

Screenshot 2022 10 17 170825

Ketika ditemui, Mary bermati-matian tak nak mengaku yang dia pernah menghidap Tifoid, malah Mary juga jadi ‘baran’ bila Dr. Soper minta sampel najisnya.

Bukan itu sahaja, Mary siap ugut doktor itu guna pisau pemotong daging dan tindakannya itu telah membuatkan pihak polis dan pegawai kesihatan New York terpaksa masuk campur untuk buat penangkapan terhadap Mary.

Mary pada waktu itu berkeras mengatakan dia bukanlah penyebab punca orang kena penyakit itu kerana dirinya begitu sihat, dia meronta-ronta agar minta dilepaskan.

 

Jarang basuh tangan ketika masak

Selepas pemeriksaan dilakukan, didapati pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi menerusi sampel kultur air kencing dan najisnya, nak dapat sampel tu pun dengan bantuan matron penjara.

Pada waktu ini juga, siasatan mendapati bahawa  Mary mengaku yang dia jarang basuh tangan sebab rasa macam tak penting.

 

Keras kepala, tak nak jalani pembedahan sebab tak boleh terima pembawa penyakit

Menurut sumber, Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.

“Saya tidak membawa sebarang penyakit!” tegasnya.

Sejak dari situ, pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan. Pada waktu itu, Mary bersumpah bahawa dia mangsa konspirasi kerajaannya.

 

Diharamkan jadi tukang masak, boleh kerja sebagai tukang cuci

Mary bekerja di  Hospital Riverside. Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu.

Namun, disebabkan pendapatannya itu tidak mencukupi, Mary kemudian menukar nama keluarganya ke Brown berpaling tadah dan kembali bekerja sebagai tukang masak.

Untuk tempoh 5 tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.

Saat, penyakit ini jadi kecoh kerana merebak di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan sehingga meragut 2 nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya.

Bagaimanapun, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.

 

Popular mengalahkan selebriti sebelum meninggal dunia

Kedegilan Mary terlah menyebabkan dia  dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Waktu ini, nama Mary dah mula popular dan tahap popularitinya mengalahkan selebriti.

Mary kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!

Mary Mallon yang mula terkenal dengan jolokan nama Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu.

Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh.

Tetapi, bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.

Baca : Tidak Mohon Maaf, Kenyataan PBSI Isu Keracunan Makanan Atlet M’sia & Thai Undang Kecaman

Pbsi Keracunan Makanan 1

Sumber: Britannica
Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.