in

“Twist cerita selagi boleh” – Puteri Sarah Respon Dakwaan Syamsul Yusof

Ft Syamsul Yusof Ajak Puteri Sarah Berbincang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga antara pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah dilihat masih belum berpenghujung, malam tadi, menerusi Instagram miliknya, Syamsul Yusof  meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah untuk membincangkan hal ini.

Syamsul turut menggesa Puteri Sarah agar tidak terus kongsikan hal rumah tangga untuk elak fitnah.


 

Isteri yang ku sayang, kita bincang di rumah – Syamsul Yusof

Oleh sebab itu, Syamsul menyatakan bahawa dia enggan memperbesarkan hal rumah tangga di media sosial dan meminta agar Puteri Sarah pulang ke rumah untuk berbincang.

“Pintu rumah sentiasa terbuka, kita hendak berpisah ataupun bersama dan kalau itu yang awak nak, baliklah ke rumah.

“Jangan berbincang dalam media sosial, untuk apa fitnah sana sini? Awak berkongsi kembali entri mereka yang mengecam dan hina suami awak… Saya faham perasaan awak dan lepas ini dia pula buat video. Jadi, bila nak habis?”

“Okay saya salah, atau awak tak salah… Kita balik bincang di rumah. Apa saja isu, lebih baik bincang di rumah saja.”

“Waktu kecil dulu, saya selalu dengar orang cakap, jangan campur rumah tangga orang, tapi sekarang baru saya faham apa yang dimaksudkan.”

“Saya tak mahu dengar cakap mak cik itu, atau mak cik ini kerana saya perlu ikut apa yang Allah cakap kerana kamu tidak tahu apa yang berlaku.”

https://www.instagram.com/p/CnPZ80fKoQo/

 

Twistlah cerita selagi boleh – Puteri Sarah

Berikutan dengan kenyataan tersebut, ia membuatkan Puteri Sarah terpanggil untuk memberikan respon menerusi IG Story miliknya pagi tadi.

Menurut Puteri Sarah, dia mendakwa bahawa Syamsul Yusof putar belit cerita, bagaimanapun dia memberikan gambaran seolah-olah seperti sudah lali dengan apa yang berlaku dan hanya mahu ‘dilepaskan’.

Bahkan dia juga memesan kepada Syamsul Yusof agar berhenti jadi play victim dan berdrama.

Screenshot 2023 01 11 103632

Apa lah pula yang terjadi lepas ni, harap isu ini dapatlah di selesaikan dengan cepat agar perbalahan segera dihentikan.

Baca : “Dia sentiasa maki hamun” – Syamsul Yusof Perjelas Sebab Terpaksa ‘Block’ Puteri Sarah

Puteri Sarah Syamsul Yusof Penjelasan Block

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.