in

“Tunjukkan bukti” – Dewan Rakyat Kecoh Isu Sampah 20 Tan, Didakwa Ditinggalkan Peserta Himpunan Turun Anwar

syaz ft 2025 07 28T170800.975

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Sabtu lepas berlangsungnya himpunan Turun Anwar di ibu negara,  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mendakwa 20 tan sampah ditinggalkan oleh mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

Hari ini, Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mempertikai jumlah yang dinyatakan oleh KPKT berhubung sisa sampah yang dikutip pada himpunan itu.


Beliau mendakwa, Nga Kor Ming menipu tentang kuantiti sampah itu selain mendakwa jumlah 20 metrik tan sampah yang didakwa tidak sepadan dengan jumlah 18,000 peserta yang hadir ke perhimpunan berkenaan seperti yang disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

@sinarharianonline

Dewan Rakyat kecoh gara-gara isu sampah 20 tan Isu 20 tan sampah yang ditinggalkan peserta himpunan pembangkang di ibu negara Sabtu lalu mencetus kekecohan ketika sidang Dewan Rakyat, apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mempertikai angka yang dinyatakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selain menuduh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menipu, Awang turut mempersoalkan angka 20 tan sampah yang dikatakan dikutip SW Corp selepas himpunan tersebut yang didakwa tidak sepadan dengan angka 18,000 peserta yang hadir seperti disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #Isusampah20tan

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

“Yang dikatakan sampah 20 metrik tan itu bukan dari saya, tapi laporan daripada SWCorp yang saya terima di lapangan, sehingga ratusan pekerja kita dikerahkan untuk membersihkan sampah selepas perhimpunan berbaju hitam.

Saya tidak nafikan ada sekumpulan Unit Amal yang membantu membersihkan sampah. Saya ucapkan terima kasih, tapi tidak boleh nafikan juga 20 metrik tan sampah bersepah di SOGO, Dataran Merdeka dan Jalan Petaling. Itu laporan SWCorp,” kata Nga Kor Ming.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Kor Ming, Awang sekali lagi menegaskan bahawa fakta yang diberikan adalah tidak betul.

“Tunjuk fakta 20 tan sampah. Baru saya tak kata penipu,” katanya.

Kekecohan itu berlanjutan selama beberapa minit namun situasi kembali reda apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau memberi amaran kepada Awang agar tidak terus menimbulkan perbalahan.

Sumber: Sinar Harian

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.