Selepas melancarkan 70 roket ke kawasan seluruh Gaza, Israel melalui Israel Defence Force (IDF) katanya semakin mengganas dengan menggunakan bom unik yang dipanggil ‘concussion rocket’ iaitu sejenis letupan yang beri kesan seperti selepas gempa bumi. Allahu!
Musnahkan bangunan yang pernah ditaja oleh kerajaan Malaysia
Lebih mengejutkan, menurut laporan Aqsa Syarif, bangunan pejabat kerajaan yang pernah ditaja oleh kerajaan Malaysia hancur musnah.
Meskipun gencatan senjata telah dicapai melalui perundingan yang dibuat Mesir malam semalam, namun rundingan tersebut diabaikan oleh Israel. Tentera Udara Israel juga dilaporkan menyerang beberapa tempat latihan HAMAS.
Gaza perlu elakkan peperangan kerana keadaan ekonomi dan bantuan kemanusiaan yang sedang meruncing
Tambah Aqsa Syarif lagi, sekarang merupakan situasi sukar bagi pentadbiran negara haram Israel kerana Netayahu ingin menutup imej buruknya yang sedang berhadapan dengan skandal rocket S-300. Jadi, Netanyahu kini tengah meminta sokongan dari penduduk Israel supaya dia boleh melobi bantuan US.
Pada saat ini, peperangan adalah perkara yang perlu dielakkan Gaza oleh kerana keadaan ekonomi dan bantuan kemanusiaan yang sedang meruncing.
Bagi mereka yang berminat untuk membantu, korang boleh salurkan bantuan untuk ubat-ubatan buat Gaza di www.billplz.com/ubatuntukgaza.
Marilah kita membantu apa yang kita mampu!