Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak selama lebih tiga dekad telah meninggal dunia di usia 87 tahun pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Dikenali sebagai ‘Bapa Pemodenan Sarawak’, Taib telah meninggalkan kesan yang besar terhadap sejarah dan pembangunan negeri tersebut. Pimpinan beliau telah menjadikan Sarawak dari kawasan terpencil pada tahun 1960-an kepada negeri yang progresif hari ini.
Latar belakang Taib Mahmud
Dilahirkan dalam keluarga bangsawan pada 21 Mei 1936 di Miri, Taib telah menerima pendidikan di Sekolah Rendah St Joseph di Miri dan kemudiannya di Sekolah Menengah St Joseph di Kuching sebelum menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide, Australia di bawah Pelan Biasiswa Colombo dan mengambil sarjana di Universiti Harvard pada tahun 1964.
Pada tahun 1959, Taib telah mengahwini Allahyarham Puan Sri Datu Patinggi Laila Taib dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Jamilah Taib Murray, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Tain dan Datuk Hanifah Hajar Taib. Pada tahun 2009, Laila meninggal dunia kerana kanser dan Taib telah berkahwin dengan isteri keduanya Toh Puan Raghad Kurdi Taib.
Selepas pulang ke Sarawak pada tahun 1960, Taib telah terlibat dengan politik di Sarawak sejak pembentukan Malaysia pada 1963 sehingga meninggal dunia.
Taib telah mencatat sejarah di Sarawak apabila dia dilantik sebagai lelaki termuda pernah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ketika baru berusia 27 tahun. Perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri dari tahun 1981 ke 2014 telah menjadikan beliau sebagai ketua menteri yang paling lama berkhidmat.
Jasa Taib Mahmud terhadap perkhidmatan dan pembangunan
Di bawah pimpinannya, Sarawak telah menyaksikan era kemajuan apabila negeri yang penuh dengan kemiskinan, kekurangan infrastruktur dan poliktik yang tak stabil, Taib telah membawa perubahan radikal pada negeri tersebut.
Selepas pulang ke Sarawak, Taib telah bekerja di Majlis Mahkota dari tahun 1962 ke 1963. Perkhidmatan pertamanya sebagai eksekutif bermula selepas dia dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya di dalam Kabinet Ketua Menteri Sarawak pertama, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.
Selama 50 tahun, Taib telah dedikasikan hidupnya kepada kemajuan dan kebajikan negara dan negeri Sarawak. Dia telah berkhidmat sebagai menteri persekutuan di dalam pelbagai kementerian dalam masa 13 tahun termasuklah Menteri Perancangan Am dan Penyelidikan SosioEkonomi, Menteri Industri Utama, Menteri Pertahanan dan Menteri Wilayah Persekutuan.
Filosofi pimpinan Taib adalah berdasarkan pengenalan ‘Politik Kemajuan’ yang berasaskan prinsip perubahan, peluang, mobiliti dan kesaksamaan untuk semua rakyat Sarawak.
Sarawak kemudiannya menyaksikan perubahan radikal yang luar biasa hasil dari dasar yang bijak dan perangkaan perlaksanaan yang teliti.
Transformasi Sarawak
Taib turut meneraji penubuhan institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan sekaligus meningkatkan peluang pendidikan penduduk Sarawak.
Tak cukup dengan itu, kawasan Parlimennya di Kota Samarahan telah ditukar menjadi hab pendidikan Sarawak dan menubuhkan banyak institut latihan dan kolej bagi melengkapkan rakyat Sarawak dengan kemahiran pelbagai dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Beliau turut menubuhkan Lembaga Kemajuan Bintulu untuk memanfaatkan minyak Sarawak yang banyak dan sumber gas dan menjadi penggerak pelbagai taman perindustrian termasuk Samajaya, Demak Jaya, Samalaju dan Tanjung Manis.
Selain industri minyak dan gas, Taib turut mengubah sektor utama seperti perkayuan, kelapa sawit dan ladang hutang sekaligus menyediakan pekerjaan dan kekayaan yang banyak untuk rakyat Sarawak.
Penghargaan
Ekoran jasa beliau terhadap pembangunan negara dan negeri, Taib telah diberikan anugerah tertinggi Sarawak, Satria Bintang Sarawak yang memberikannya gelaran ‘Pehin Sri’ yang terhormat.
Selain itu, beliau turut diberikan penghormatan tertinggi negara iaitu Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran ‘Tun’.
Tak cukup dengan itu, Taib juga turut menerima anugerah khas dari negara-negara luar seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan Brunei.
Al-Fatihah…
Sumber: Dayak Daily