in

Tun M Ramalkan ‘Malapetaka’ Yang Berlaku Lepas Keputusan PRU15 Diisytiharkan

Ft Mahathir Mohamad Sertai Pru15 Buat Ramalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba dimana seluruh rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk menentukan masa depan negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Bermacam-macam ragam dapat kita lihat sepanjang musim berkempen ini, namun jarang sekali kita dengar bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘bersuara’ sehinggalah malam tadi.


Beliau yang mewakili Parti Pejuang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini memberikan ramalan berkenaan ‘malapetaka’ yang bakal berlaku sejurus sahaja keputusan PRU15 diisytihatkan menerusi Twitter miliknya.

 

Satu malapetaka mungkin akan berlaku apabila keputusan PRU15 diisytiharkan – Tun M

Beliau memetik ramalan daripada pakar bahawa salah satu dari tiga buah kumpulan politik iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) akan berjaya dan akan jadi Kerajaan.

Oleh itu, Tun M menjelaskan ‘malapetaka’ yang bakal terjadi jika setiap satu parti ini berjaya :

Beliau turut meramalkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ini akan mencetuskan huru-hara dan malapetaka jika mereka menjadi Kerajaan Malaysia.

“Jika rakyat Malaysia ingin elak dari malapetaka apakah pilihan rakyat? Sehingga kini penulis dan media sosial mengenepi dan menolak Gerakan Tanah Air yang bertanding dengan nama Pejuang Tanah Air kerana GTA tidak didaftar oleh Kerajaan.”

 

Pejuang, calon dan pemimpin bersih dari segala jenayah – Tun M

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Pejuang adalah yang terbaik dan mampu menjadi kerajaan. Tambah beliau,  Pejuang meletak 125 calon dan jika disokong dan boleh membawa perubahan kepada politik negara kerana pemimpin serta calon yang bertanding bersih dari segala jenayah dan berpengalaman dalam pentadbiran.

Menurut Tun M lagi, Pejuang bukanlah parti kecil dan bukanlah baru dari segi politik dan pentadbiran.

Berbekalkan slogan “Bersih, Cekap dan Beramanah”, beliau menyarankan rakyat Malaysia untuk pilih Pejuang untuk elak dari huru-hara dan malapetaka.

Apapun, keputusan semua di tangan kita, buatlah pilihan yang sebaiknya dan jalankan tanggungjawab kita kerana hari ini adalah penentunya, selamat mengundi!

Baca : “Nak berjuang menentang penyamun negara” – Tun M Bakal Bertanding Dalam PRU15

Ft Tun M Bertanding Dalam Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.