in

Tun M Ramal PN Menang Besar, Mampu Tawan 5 Negeri Kecuali Pulau Pinang

Cats 75

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir meramalkan Perikatan Nasional (PN) mempunyai potensi untuk menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Jelas beliau, PN mampu untuk menang di 5 negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, mereka dijangka tidak dapat menembusi Pulau Pinang yang dijangka akan dimenangi oleh parti lain.


“Kita dapati bahawa sentimen orang ramai bertukar, tidak seperti pilihan raya dahulu. Orang Melayu umpamanya berasas curiga tentang masa depan mereka.

“Terutamanya generasi tualah, generasi lama, kerana mereka lihat kedudukan mereka tidak berubah. Masih miskin dan berasa tertekan, mereka tak dapat direction atau cadangan daripada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Perniagaan Sosial 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Tun Mahathir turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang memberikan wang dengan pelbagai sebab apabila tibanya musim pilihan raya. Menurut beliau, ia adalah satu bentuk rasuah untuk menarik sokongan orang ramai.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN). Sama-sama kita jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia!

Selamat mengundi!

Kredit: Kosmo

BACA: PKR Umum Altimet Bakal Bertanding Kerusi DUN Untuk PRN

Screenshot 2023 07 29 170134

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.