in

Tun M Beri Bayangan Sertai Parti Baharu, Mahu Bela Nasib Orang Melayu

Cats 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) memberi bayangan akan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). Beliau juga menyatakan tidak akan menolak hasrat jika parti itu mahu menjadikannya sebagai penasihat.

Tun M juga menyifatkan jemputan untuk menyertai parti itu selari dengan penjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menolak amalan rasuah. Kenyataan ini dikeluarkan beliau dalam satu sidang media baru-baru ini.


“Saya ucap terima kasih atas jemputan ini dan saya akan meneliti terlebih dulu sama ada Putra ini sesuai atau tidak dengan saya. Setakat ini, saya tidak nampak sebab yang saya tidak boleh terima parti ini… Saya akan fikir secara mendalam terlebih dulu sebelum keputusan dibuat.

“Saya akan membuat permohonan menjadi ahli dan kalau mahu bagi saya sebagai penasihat parti, saya boleh bagi nasihat,” katanya pada sidang media bersama pimpinan Putra di sini beberapa hari lalu.

Putra Mahathir The Third Force Scaled 1

Tun M juga menjelaskan hasrat beliau untuk memberi panduan kepada Putra serta meneruskan hasrat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini.

Dalam satu kenyataan lain, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya Tun M masih mempunyai aura sebagai pemimpin sekali gus memimpin Putra.

“Kita mahu Tun sertai Putra. Kami mohon seikhlas hati dan tidak timbul soal Tun mahu memohon sertai Putra atau tidak. Kita juga jemput 14 bekas pimpinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk sertai Putra.

“Kita doakan agar Tun dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali diberi kesihatan berpanjangan dan kami mahu sehidup semati dengan perjuangan Tun,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Tun M bersama 12 ahli Pejuang telah keluar daripada parti itu. Difahamkan, tindakan ini adalah disebabkan kekecewaan terhadap parti itu yang memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Kredit: Harian Metro

BACA: Tun Mahathir Terkilan & Sedih Ditolak Pengundi Langkawi

Cats 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.