in

Tumpang Orang Tak Dikenali, Budak Lelaki Umur 13 Tahun Trauma Kena Gangguan Seksual Dengan Suspek 41 Tahun

Tunggang Motosikal Seksual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa di luar sana nampaknya harus lebih berhati-hati kerana semenjak dua menjak ini, banyak betul jenayah yang berlaku di sekitar kita melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular kejadian melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang didakwa mengalami gangguan seksual dari seorang lelaki yang tidak kenali di Batu Caves, Selangor.


Artikel berkaitan: Dakwa 2 Kali Kena Gangguan Seksual 4 Tahun Lalu, Pelajar 17 Tahun Heret Guru Ke Mahkamah

Artikel berkaitan: Guru Kaunseling Sekolah Direman, Buat Gangguan Seksual Depan Murid & Anak Sendiri

Menerusi kenyataan polis yang dikongsikan di X, kes ini berlaku ketika mangsa berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah selepas membeli nasi lemak. Dia kemudiannya disapa oleh suspek yang merupakan warga tempatan berumur 41 tahun untuk menaiki motosikal.

Suspek yang tidak kenali itu telah membawa mangsa ke rumah sewanya yang lebih kurang 700 meter dari rumah mangsa.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1744539894083657902

Dia kemudian bertindak gila dengan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa sebelum budak tersebut melarikan diri selepas diberi wang tunai sebanyak RM20.

Mangsa telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya dan sejurus itu, dibawa ke balai polis untuk membuat laporan polis,” lapor kenyataan tersebut.

Menurut pihak polis, susulan laporan tersebut mereka berjaya menahan suspek dan telah direman selama enam hari bermula 7 Januari lepas sehingga 12 Januari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(A) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah tampil membantu siasatan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.