Sebelum nak kongsikan satu ilmu, penting untuk kita buat kaji selidik dahulu sebelum dibentangkan kepada umum.
Kalau tidak pasti akan menerima kecaman hebat macam portal ni, niat nak kongsikan info kepada pembaca tapi malangnya info itu dah terang-terang tak betul.
Singapore, Malaysia
Artikel ini memberikan info kepada pembaca berkenaan dengan bandar-bandar di dunia yang mempunyai kos sara hidup yang mahal.
Antaranya Paris, China, US, Norway, Korea bahkan ‘Singapura yang terletak di Malaysia’. Relax admin tahu salah! Penulis tersebut menjelaskan kehidupan di bandar itu dan dengan yakinnya menjelaskan bahawa bandar ini terletak di Malaysia.
Hurmm expert mana lah yang kata Singapore ni kat Malaysia eh?
Portal dari luar negara ini telah menarik perhatian netizen di Malaysia, sudah semestinya kena troll habis-habisan dengan sindiran sinis mereka. Tak pasal-pasal ‘done claim’ hahahah!
Tulis tahun 1962 ke? – Netizen
Admin rasa, google sikit je dah boleh dapat info. Takkan lah perkara basic macam ni pun tak dapat nak cari kan? Aduhai.