Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sudah pasti ramai yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, maka tidak hairan lah jika ada pihak yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut peluang pekerjaan yang terhad.
Di Michoacan Mexico, seramai 35 wanita telah ditangkap dalam cubaan untuk meniru semasa menduduki peperiksaan kelayakan menjadi guru.
Mereka dipercayai telah mewarna dan melukis corak pada kuku mengikut kod tertentu yang mewakili setiap jawapan.
Lebih mengejutkan, dilaporkan penipuan ini mula disyaki pada peringkat pertama peperiksaan dijalankan iaitu pada akhir bulan Julai.
Malah beberapa pelajar juga didakwa telah membeli jawapan bagi peperiksaan itu dengan harga 15,000 (RM1,284) atau 25,000 peso (RM2,140), lapor Oddity Central.
Perlu memakai sarung tangan ketika peperiksaan
Bagaimanapun, calon-calon ini tidak dihalang untuk mengambil peperiksaan sebaliknya mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk memakai sarung tangan.
Calon-calon juga akan menjalani peperiksaan dengan kawalan dan pengawasan yang ketat oleh koordinator peperiksaan supaya kejadian meniru tidak berlaku lagi.
Keputusan peperiksaan luar biasa
Walaupun sehingga kini kes tersebut belum dapat dibuktikan, namun keputusan ujian bagi peperiksaan tersebut menunjukkan pencapaian yang sangat mengagumkan sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.
Berdasarkan maklumat dari media tempatan, timbul keraguan apabila 50 pemohon yang menduduki peperiksaan itu menjawab 100 soalan dengan tepat manakala 300 lagi meraih markah 99 dan 90.
Keputusan peperiksaan itu dilihat sebagai luar biasa apatah lagi bandar lain hanya mampu meraih 71 sebagai markah paling tinggi.
Macam-macam taktik kalau nak meniru ni. Tapi kalau dah kantoi tak boleh buat apa la. Min dulu nasib baik tak suka meniru.
Baca: Obses Nak Anak Dapat A, Ibu Ni Sampai Sanggup Ajar Anak 10 Tahun Menipu Dalam Peperiksaan