in

Tular Video Rotan Kanak-kanak, Ahli GISBH Dipenjara 10 Tahun

Ft Cikgu Gosbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak isu mengenai Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) menjadi tular, pendedahan demi pendedahan yang tersebar di media sosial. Salah satunya adalah satu video yang memperlihatkan kanak-kanak dirotan dengan teruk di sebuah rumah amal yang pelakunya dipercayai ahli organisasi tersebut.

Susulan itu, pelaku telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, bagi menghadapi tiga pertuduhan melakukan penderaan. Dia yang memakai baju T berwarna merah diiringi pihak polis, tiba di mahkamah pada jam 9.45 pagi tadi.


Artikel berkaitan : Ketua Polis Negara Dedah GISBH Tidak Pernah Bayar Cukai

Artikel berkaitan : “Tukar signboard malam-malam” – Hotel Milik GISBH Tiba-tiba Bertukar Nama?

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendakwaan terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Memetik laporan Sinar Harian, lelaki yang merupakan guru di pusat pusat pendidikan dan kebajikan GISBH itu menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak.

Malah, video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki itu dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa. Lebih sadis lagi, salah seorang kanak-kanak lelaki terbabit merupakan anak yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Susulan itu, Mahkamah Sesyen Klang telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Suspek, Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, yang memakai baju T berwarna merah dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Noridah Adam.

Sumber : Sinar Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.