Kita sudah sampai pada zaman dimana teknologi dan sains bukanlah perkara asing dalam kehidupan. Jika dahulu, robot yang boleh bercakap atau berinteraksi dengan manusia dengan lancar ini hanya boleh dijumpai dalam filem.
Ada banyak robot diketengahkan sebagai elemen penarik dalam filem dan ada juga yang memberikan gambaran kononnya robot ini ada yang ‘baik’ dan ‘jahat’ seperti yang ditunjukkan dalam filem Robocop, Transformers, Real Steel dan banyak lagi.
Baru-baru ini, tular video menunjukkan sebuah roboh besar dan kelihatan ‘garang’ mengekori seorang lelaki berjubah di salah satu pameran yang diadakan di Dubai. Menurut ciapan Twitter berkenaan, kononnya lelaki tersebut merupakan Raja Bahrain dan robot itu merupakan ‘bodyguard’nya.
King of Bahrain arrives in Dubai with his Robot bodyguard of IR 4.0
It can speak 6 languages. It can rescue him literally carry him from mobs. It can physically fight, chase, shoot & armed with an electric teaser, an undisclosed 360 deg camera.
The AI guard cost about US $7.4 M pic.twitter.com/H1kvMaNgnP— Ir.Kumar (@skumar176) January 3, 2022
Menurut perkongisan lelaki tersebut lagi, kononnya robot tersebut boleh memahami dan bercakap dalam 6 bahasa selain mampu untuk mengangkat dan melindungi ‘tuanku’ raja sekiranya diserang penjahat.
Selain itu, dikatakan juga robot berkenaan mempunyai ketangkasan untuk menembak, berlawan tanpa senjata dan menurut ciapan tersebut, robot yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) ini mencecah harga sekitar 7.5 juta USD (+/- RM31 juta).
Namun, menerusi bebenang Twitter tersebut dan pencarian lanjut, didapati individu berkenaan bukanlah raja Bahrain dan robot berkenaan bukannya ‘bodyguard’ seperti yang diperkatakan.
Dikenali sebagai Titan, sebenarnya robot yang dikeluarkan oleh Cyberstein ini merupakan ‘pertunjukan hiburan keluarga’ dan telahpun membuat penampilan di 50 buah negara selain persembahannya boleh diadakan dan boleh disesuaikan dengan sebarang acara.
Menurut laman web Cyberstein, ada 3 unit robot dengan fungsi tersendiri iaitu Titan, Brutus dan humanoid pertama syarikat berkenaan, C-Na yang difahamkan masih dalam ujian fasa akhir dan boleh ditempah untuk pertunjukan pada tahun ini.
Baca : Pengkaji Singapura Bakal Guna Lipas Dalam Misi Mencari & Menyelamat Mangsa Runtuhan Bangunan?