in

Tular Video Penutup Simen Di Kawasan Masjid India Terangkat Buat Orang Ramai Bimbang

Masjid India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kejadian lubang benam di kawasan Masjid India telah berlaku dan insiden itu telah mengakibatkan seorang wanita warganegara India jatuh ke dalam lubang benam itu dan sehingga kini masih belum ditemui.

Semalam pula tular di TikTok video yang memaparkan penutup simen di jalan Masjid India dilihat terangkat berulang kali ketika hujan di kawasan tersebut.


Video berdurasi 21 saat itu telah dikongsikan oleh akaun lakshmikarthickka di platform TikTok.

@lakshmikarthickka

Yesterday Night Majit India waking allways be careful

♬ original sound – Lakshmi karthick

Artikel Berkaitan: Aktiviti Manusia, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Punca Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India – NRES

Artikel berkaitan : Polis Tak Isytihar Jalan Masjid India Sebagai Zon Tak Selamat Sebab…

Dalam video tersebut, dapat dilihat dua penutup simen yang berada berhampiran dengan bangku itu terangkat berulang kali.

Penutup simen itu juga terletak berdekat dengan beberapa buah  gerai yang menjual pelbagai barangan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bimbang melihat keadaan penutup simen itu kerana bimbang jika kejadian yang sama akan berulang lagi di kawasan Masjid India itu.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kemudiannya telah memberi respon tentang kejadian tersebut menerusi Facebook rasmi mereka.

Menurut DBKL,  penutup lurang (manhole) itu telah hilang disebabkan vandalisme dan ini menyebabkan penutup simen di bahagian atas itu telah terangkat.

4

Pihak Indah Water juga telah selesai memasang semula penutup lurang (manhole) itu pada awal pagi tadi.

Orang ramai digesa untuk tidak sewenang- wenangnya menyiarkan kandungan yang boleh mencetuskan situasi panik dan kegelisahan orang awam dengan mengambil kesempatan atas insiden yang berlaku di Masjid India baru-baru ini,” kata DBKL.

Sumber: Sinar Harian, TikTok @lakshmikarthickka, Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.