in

Tular Video Pelampung Jatuh, Permainan Gelongsor Air Kaca Di i-City Tiada Kelulusan MBSA Untuk Beroperasi

pelampung i city jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, dua video memaparkan permainan gelongsor air kaca di i-City tular apabila pelampung didakwa tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung.

Dalam video berkenaan, dipaparkan gambar mangsa yang dikatakan menangis dan mengadu kesakitan selepas ditimpa pelampung berkenaan.


Susulan itu, orang ramai yang melihat kejadian tersebut berasa bimbang dan mempersoalkan tahap keselamatan permainan di taman tema itu.

@eykien_loffa

water slide mmg xde safety.. kejadian baru berlaku depan mata pelampung dr ats jatuh kene orang yg lalu lalang kt bwh.. if terkena pada budak atau terkena ramai org..how yaa😕

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

@mierull_fpv2

Baru nk naik 😂 sekali pelampung jatuh . Seremmm martttt . Batal terus laa niat yee 🤭

♬ nhạc nền – Chii – Chii

Artikel berkaitan: Boleh Bahayakan Keselamatan, Rapid KL Ingatkan Penumpang Agar Tidak Duduk Di Atas Panel Kawalan Dalam Tren

Artikel berkaitan: Tak Hirau Bahaya, Pelancong Bergambar Di Jalan Raya KLCC Semata Nak ‘Spot’ Cantik

Tiada kelulusan MBSA 

Menurut Sinar Harian, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan bahawa permainan gelongsor air kaca tersebut rupanya masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi.

Katanya lagi, pihaknya telah mengeluarkan notis supaya ia dihentikan ketika masih dalam tempoh pembinaan, namun tidak dipatuhi.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan kompaun terhadap pihak i-City pada 14 November 2024.

473749758 997099019120874 1440581203240294924 n

Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara.

“Pihak i-City dikompaun kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.

“Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi,” katanya.

Sumber: TikTok (1), (2), Sinar Harian

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.