Semalam, tular sebuah video memaparkan dua anggota polis memeras ugut sejumlah wang terhadap warga asing.
Menurut laporan Harian Metro, difahamkan kedua-dua anggota polis itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kejadian itu berlaku di Jalan Taming Sari, Kajang.
Artikel berkaitan: Tular Video Warga Singapura Diperas Ugut RM500, Polis Johor Siasat 2 Anggota Polis Trafik
Artikel berkaitan: Bekas Anggota Polis Menyamar Jadi Polis Dicekup, Didakwa Lakukan Aktiviti Peras Ugut
#Kajang Dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan berkaitan kejadian pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, yang tular di media sosial. pic.twitter.com/XnrLruy3Xb
— #UpdateInfo??? (@update11111) July 29, 2024
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga negara asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.
Menurutnya, hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan.
Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terbabit dalam kesalahan jenayah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.
Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan dua anggota polis yang sedang berhenti di bahu jalan memeras ugut seorang warga asing sementara seorang lagi sedang duduk.
Sumber: Harian Metro