in

Tular Video ‘Pak Guard’ Larang Wanita Berseluar Pendek Masuk Hospital, Ini Respon HTAA

Seluar Pendek Pak Guard Hospital Halang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial isu seorang individu dilarang memasuki kawasan hospital kerana berseluar pendek oleh pengawal keselamatan.

Dakwaan itu dibangkitkan seorang pengguna Twitter yang memuat naik video memaparkan pengawal keselamatan menghalang seorang wanita kerana memakai seluar hingga paras lutut daripada masuk ke kawasan hospital.


Dalam video itu, wanita tersebut dilihat hanya berdiam diri ketika lelaki yang membuat rakaman mengatakan pihak pengurusan hospital yang membuat larangan itu.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen tentang etika pemakaian di hospital.

Hanya salah faham

Susulan video tular itu, Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Nor Azimi Yunus tampil memperjelaskan tentang isu yang berlaku di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Beliau mengatakan bahawa kejadian yang berlaku itu hanyalah salah faham pengawal keselamatan terbabit mengenai etika pemakaian, lapor FMT.

“Selama ini tidak ada masalah timbul bagi pelawat yang berpakaian sedemikian untuk masuk pada waktu melawat, kecuali pelawat berpakaian mencolok mata tidak dibenarkan masuk untuk melawat.”

Menurutnya tiada arahan daripada pihak atasan kepada pengawal keselamatan berkenaan melarang pelawat yang memakai seluar pendek seperti itu daripada memasuki hospital.

“Pihak HTAA telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberi kefahaman kepada pengawal keselamatan dan mereka diminta untuk tidak membuat sebarang penguatkuasaan tanpa mendapat arahan rasmi daripada hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, perkara itu berkemungkinan pengawal keselamatan terbabit salah faham dengan menganggap semua jenis seluar yang tidak labuh hingga ke kaki dilarang dalam etika berpakaian.

Baca: Wanita Dakwa Tak Dibenarkan Masuk Balai Polis Kerana Pakai Seluar Pendek?

Seluar Pendek Balai Kajang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.