in

Tular Video ‘Mic’ Ditarik David Foster, Netizen Kecewa Siti Nurhaliza Sertai Konsert ‘Hitman Returns’

Syaz Ft 2024 06 18T104050.412

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi bualan ramai susulan penyanyi itu menyertai konsert Hitman Returns: David Foster and Friends yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 15 Jun lalu.

Ia menjadi bualan hangat kerana David Foster yang merupakan komposer lagu terkenal itu dilihat pernah menunjukkan tanda sokongan terhadap tentera Israel dengan menyertai konsert ‘amal’ Friends of the Israel Defense Forces (FIDF).


Artikel berkaitan: [VIDEO] Bertuah! Penumpang Dapat Tengok Persembahan David Foster, TokTi & Penyanyi Lain ‘Live’ Atas Flight!

Artikel berkaitan: “Sampai masa nanti” –  Ini Respon Siti Nurhaliza Apabila Dicadang Gelaran Biduanita Negara

Difahamkan, Siti Nurhaliza menyertai konsert itu di saat akhir bagi menggantikan tempat penyanyi United Kingdom (UK), Jessie J.

Malah, terdapat sebuah video tular di media sosial memaparkan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu dilayan dengan kurang sopan oleh komposer kelahiran Kanada itu.

Pencipta lagu The Best of Me itu dilihat menarik mikrofon daripada Siti Nurhaliza dengan begitu pantas meskipun Siti Nurhaliza masih belum selesai menyanyi.

@syehashfra

this is why they’re legends #brianmcknight #katherinemcphee #davidfoster #joshgroban #sitinurhaliza

♬ original sound – ✨🫶🏻 – Syeha S. Alhaddar

Sebagai info, ini bukanlah kali pertama penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pentas dengan David Foster.

Beliau sebelumm ini pernah bergandingan dengan David Foster pada Ogos tahun lalu menerusi Konsert Eksklusif ‘Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023’ di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok, Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.