in

Tular Video Majlis Kahwin Diganti Doa Selamat Sebab Pasangan Batal ‘Last Minute’, Lelaki Dedah Punca Sebenar

Majlis Kahwin Tukar Doa Selamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial seorang pengantin lelaki terpaksa melalui hari yang menyedihkan apabila bakal pasangannya telah membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir.

Video memaparkan seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya digantikan dengan majlis bacaan doa selamat telah meraih simpati orang ramai.


Kata wanita itu, majlis tersebut tetap dilangsungkan kerana keluarga pengantin lelaki sudah pun mengeluarkan jemputan kepada orang ramai.

Hantaran itu telah menerima pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa pengantin lelaki dan keluarga.

Artikel berkaitan: Majlis Kahwin ‘Cancel’, Pengantin Perempuan Rupanya Lelaki Tulen Lepas Gambar Sekolah Tersebar

Artikel berkaitan: “Terpaksa teruskan..” – Pengantin Lelaki Bersanding Seorang Diri, Isteri Diserang Radang Paru-paru

Justeru, ramai yang mencadangkan kepada lelaki itu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengantin perempuan kerana telah membatalkan majlis pada saat-saat akhir.

@demflacco

Replying to @ᵏᵉᶜⁱᵏ pemberitahuan dari pihak kami berkenaan dengan apa yang jadi

♬ original sound – DemFlacco🎡 – DemFlacco🎡

Ada penglibatan orang ketiga

Susulan itu, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam tampil menjelaskan kejadian sebenar menerusi sesi live di TikTok malam tadi.

Menurut Adam, pihak perempuan membatalkan majlis perkahwinan pada awal September lalu. Katanya, tunangnya telah menyerahkan semula cincin pada penghujung bulan Ogos.

“Sewaktu itu, kalau kami nak refund, kami tak akan dapat. Kalau batal, kami rugi sebab dah bayar.

“Jadi daripada batal, kami tukarkan kepada doa selamat,” katanya.

@mimieshop_99

Macam mana rupa perempuan tu smpai ada orng ke tiga selepas semua barang dah di sedia kan tinggal nak sanding je ehmm 😭 #staystrong adam #adam @DemFlacco🎡

♬ bunyi asal – Sarahhsopp – Sarahhsopp

Dalam sesi live itu, Adam turut menjelaskan punca sebenar pihak perempuan membatalkan majlis pernikahan.

“Senang cerita ia melibatkan orang ketiga di mana pihak perempuan ada berkenalan dengan orang ketiga, satu tempat kerja. Sampai situ saja saya boleh cakap.

“Tetapi bila pertama kali saya dapat tahu, saya maafkan dan tetap mahu meneruskan perkahwinan.”

@mimieshop_99

#Adamtakjadikawin yang mana terlepas komen saya dah rekord korng boleh dngr sbb ramai terlepas cerita tadi @DemFlacco🎡

♬ bunyi asal – Sarahhsopp – Sarahhsopp

Dia menjelaskan, ketika tempoh itu dia telah cuba mempertahankan hubungan namun tidak berjaya.

Selain itu katanya, pembatalan majlis nikah tersebut dimaklumkan kepada oleh pihak dewan majlis tersebut sendiri.

“Dewan nikah bagitahu, ayah dia sendiri dah hubungi dewan dan juru nikah untuk batalkan majlis.

“Berkenaan sama ada pihak kami akan saman atau tidak, saya minta maaf saya tidak akan cerita mengenai perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, ibu lelaki tersebut berkata, apa yang sudah terjadi biarlah berlaku dan pihaknya berharap agar orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri mengenai perkara tersebut.

Sehingga kini, beberapa video yang dimuat naik oleh lelaki itu di sekitar majlisnya meraih lebih daripada 5 juta tontonan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.