Hari ini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani seorang pemain cilik berusia 13 tahun, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi yang berasal dari Terengganu.
Difahamkan, remaja tersebut akan menyertai Akademi JDT di mana ia satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan.
Perkembangan tersebut telah disahkan oleh JDT melalui akaun rasmi Instagramnya hari ini mengenai Aqil Shamsul yang akan bermain bersama Akademi JDT.
Sebelum ini, Aqil telah menjadi tular susulan video dia bermain bola bersama orang yang lebih berusia darinya telah menarik perhatian peminat bola sepak di media sosial.
Perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter Football Terengganu itu menunjukkan Aqil yang sedang memaparkan skilnya ketika sebuah perlawanan bola sepak.
Aqil Shamsul, 14 tahun. SMK Ibrahim Fikri. Currently train under @NFDPOfficial program.
Abangnya Arsyad Shamsul, player @FCTerengganu IV di #PialaBelia2023.
Ayahnya Shamsul ‘Matcang’, legend futsal Terengganu, kapten futsal Terengganu sampai umur 44 tahun.#FootballTRG https://t.co/pbOuAjZhU9
— Football Terengganu (@FootballTRG) May 12, 2023
“Aqil Shamsul, 14 tahun. SMK Ibrahim Fikri. Currently train under NFDP program. Abangnya Arsyad Shamsul, player Terengganu FC IV di Piala Belia 2023. Ayahnya Shamsul ‘Matcang’ legend futsal Terengganu, kapten futsal Terengganu sampai umur 44 tahun,” tulisnya.
Aqil sebelum ini berlatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) sebelum dipinang oleh Akademi JDT itu.
Kemampuan adik Aqil bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak tanah air tapi juga dari negara seberang iaitu Indonesia.
Power betul Aqil ni! Semoga maju jaya!
Sumber : Instagram
Baca : Media Antarabangsa Senaraikan Jersi JDT Antara Yang Terburuk Februari 2023