in

Tular Video Kejadian Tembak Menembak Di Kepong, Suspek Berjaya Larikan Diri

Polis Tembak Di Kepong

Tular sebuah video memaparkan kejadian kejar dan tembak antara beberapa anggota polis dengan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dipercayai berlaku di Kepong pada pagi tadi.

Menerusi video yang dirakam orang awam, kereta Wira itu dilihat memecut laju di laluan sesak selepas dikejar dari belakang oleh anggota polis.

Dalam video tersebut, turut kedengaran anggota melepaskan beberapa das tembakan untuk menghentikan kenderaan terbabit.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1688470051060588544?s=20

Cuba larikan diri hingga langgar anggota URB

Berdasarkan laporan polis, hasil siasatan awal mendapati semasa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sedang membuat rondaan telah terserempak dengan kenderaan terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, anggota URB cuba memberhentikan kenderaan tersebut tetapi suspek bertindak melarikan diri dan telah melanggar kenderaan orang awam.

Menurutnya, anggota polis mengejar suspek bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong yang sesak menyebabkan suspek mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB berkenaan.

“Bagi mempertahankan keselamatan diri, kedua-dua anggota URB telah melepaskan sebanyak 9 das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek dan menyebabkan kenderaan suspek terbabas di jalan raya.” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Memetik laporan Harian Metro, semakan mendapati kereta terbabit dimiliki seorang wanita tempatan yang meminjamkan kepada seorang lelaki lain tetapi buat masa ini tak dapat dipastikan pembabitan individu berkenaan.

Walaupun identiti kedua-dua suspek telah dikenal pasti, namun mereka telah berjaya melarikan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Baca: Nak Lari Dari Polis, Pasangan Kekasih ‘Pecut’ Kereta Sampai Langgar Palang Tol Rupanya Positif Dadah
Pasangan Kekasih Lari Polis