in

Tular Video Kanak-kanak Didera Di Taska, Ibu Meraung Tengok CCTV Anak Dipukul

Dera Di Taska Kk

“Kasihan anak saya…” 

Kata-kata itulah yang berulang kali disebut oleh seorang ibu apabila melihat sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan individu dewasa memukul anaknya di sebuah taska di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang, Kota Kinabalu.

Menurut Harian Metro, mangsa yang berusia empat tahun telah ditendang, ditampar dan ditarik rambut oleh pengasuh wanita di bahagian muka dengan menggunakan sebuah buku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Menerusi video itu juga, suara si ibu yang meraung kesedihan boleh didengar apabila anaknya diperlakukan sebegitu.

Ibu kanak-kanak terbabit difahamkan telah merakam video itu untuk dijadikan bukti dalam laporan polis mereka.

“Ketika hendak makan anak saya ditampar dan dipukul” 

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tak sanggup melihat rakaman video daripada CCTV itu yang memaparkan keadaan anaknya sedang didera.

Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.

“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali,” katanya.

71691589554 Dera

Menurut bapa mangsa lagi, anaknya sudah dua kali menjadi mangsa dera di taska itu sejak Mac lalu.

Kejadian pertama pada dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan anak sebaik diambil daripada taska itu.

“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.

“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.

“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit,” katanya lagi.

Namun dia menyedari anaknya didera lagi ketika menjemputnya dari taska, isterinya mengusap ubun-ubun anak dan terkejut melihat ada kesan luka di kepala budak berkenaan.

Apabila mereka bertanya kepada pihak taska, tiada jawapan yang diberikan mengenai luka itu dan meminta mereka untuk memeriksa CCTV di taska itu sebelum melihat rakaman anaknya didera.

09Dera 1691594785

Bapa kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya.

Anaknya juga kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti kecederaan yang alami.

Menerusi laporan semalam, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah telah mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

“Ada, nanti akan dikongsikan kepada media,” katanya ketika dihubungi media.

Baca: Kanak-kanak Lelaki Ditemui Maut Dengan Kesan Dera, Ibu & Teman Lelaki Ditahan

Dera Ibu

Sumber: X