in

Tular Video Dib*li & Dicabar Minum Ar*k, 2 Ditahan Lepas Pempengaruh Berstatus OKU Di Thailand Meninggal Dunia

bank lester pempengaruh thailand maut minum arak

Memang betul, ramai orang zaman sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan perhatian netizen, wang dan followers di media sosial.

Ia termasuklah melakukan perkara yang membahayakan diri sendiri dan lebih menyedihkan jika ia melibatkan individu kurang upaya seperti yang berlaku di Thailand baru-baru ini.

Menurut laporan Khaosod, dua individu telah ditahan pihak berkuasa Thailand, selepas  pempengaruh ‘Bank Lester’ atau nama sebenarnya Thanakarn Kanthee, 27, yang merupakan orang kurang upaya intelektual meninggal dunia pada malam Krismas lepas.

bank lester case1 696x427 1

Bank dikatakan meninggal dunia selepas dicabar meminum arak secara berlebihan demi mendapatkan ganjaran wang.

Artikel berkaitan: “Hanya mampu tengok sahaja” – Pempengaruh Rugi Puluhan Ribu, Rumah Terbakar Akibat Power Bank Meletup

Artikel berkaitan: Jadi Mangsa Buli Siber, Petinju Algeria Saman Elon Musk, J.K Rowling & Beberapa Tokoh Lain

Minum sebotol arak dapat RM1,300 

Media tempatan melaporkan pihak polis telah menahan dua orang suspek, yang pertama iaitu Ekkachat “M” Meeprom, 35, yang ditahan di rumahnya dekat Chantaburi kerana didakwa mendorong Bank meminum dua botol 350ml arak demi mendapatkan wang berjumlah 10,000 baht (RM1,316) setiap botol.

bank lester case M

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11 malam dalam satu parti dekat sebuah kedai di Chantaburi.

Individu kedua yang ditahan pula ialah Theerawat “Bird” Srirong, 36, yang didakwa membawa Bank ke parti tersebut.

Bird dikatakan telah mengeksploitasi Bank yang mempunyai lebih 100,000 pengikut beberapa kali demi konten di media sosial. Hasil siasatan mendapati Bird kini berhadapan dengan tuduhan memuat naik kandungan tidak sesuai dan potensi pelanggaran pemerdagangan manusia.

Di laman X, tular juga beberapa video memaparkan Bank telah dicabar untuk meminum arak secara berlebihan, malah ada video juga memaparkan lelaki OKU itu telah dibuli oleh ‘rakan-rakan’ pempengaruhnya.

Pempengaruh mohon maaf kepada nenek Bank kerana pergunakan mangsa

Ketika majlis pengebumian Bank di Bangkok, beberapa pempengaruh yang didakwa telah mengeksploitasi Bank telah memohon kemaafan daripada nenek Bank yang berusia 80 tahun.

Antaranya, pempengaruh Thailand, Thanapol “Boat Own-wai”, dikatakan memohon maaf selepas tular videonya muntah di atas kepala Bank dan Alongkorn “Meng” yang dikatakan membayar Bank sebanyak 2,000 baht (RM263) untuk meminum gel pelincir.

bank lester case3

Difahamkan Bank telah dibesarkan oleh neneknya sejak dari usia dua bulan lagi selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah. Bank sudah mula bekerja dari usia 7 tahun lagi dengan menjual bunga di tepi jalan.

Dia kemudian mendapat perhatian media sosial apabila tular melakukan pelbagai aktiviti berbahaya demi mendapatkan wang.

Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa. Sedih baca cerita macam ni… 

Sumber: Khaosod English, X