in

Tular Video Dakwaan Pelancong China Diperas Ugut, Polis Buka Siasatan

pelancong china diperas ugut polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang pelancong wanita China mendakwa dirinya diperas ugut oleh polis ketika dalam perjalanan pulang ke hotel.

Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan seorang polis berseragam dan bersenjata meminta kad pengenalan wanita tersebut namun dia tidak dapat melakukan sedemikian kerana dia hanya ada pasport dan dokumen itu tidak dibawa bersamanya.


Lalu, dia menawarkan untuk memberi kad pengenalan China namun polis berkenaan meminta dokumen pengesahan yang ada cop visa pelancong.

cats 11

Video penuh di Twitter.

Malah, wanita berkenaan memberitahu polis meminta pemandu tersebut untuk membayar RM 200 kerana gagal mengemukakan dokumen tersebut.

Dalam laporan Utusan Malaysia, pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya telah mengesan kewujudan video tersebut kira-kira pukul 11 malam tadi selepas ia tular di laman sosial.

“Anggota polis dan individu yang sudah dikenal pasti terbabit (dalam video) akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan.

Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” jelasnya.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis turut meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan insiden tersebut untuk tampil membuat laporan.

Baca: Main Telefon Sambil Memandu, Polis Minta Pemandu Bas Serah Diri

Main Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.