Seorang wanita telah ditahan polis susulan tindakannya membakar motosikal miliknya berhampiran sebuah gerai di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, semalam.
Menerusi video tular di media sosial, difahamkan motosikal berkenaan sudah tertunggak bayaran ansuransnya selama 20 bulan namun pemiliknya enggan memberi kerjasama apabila kenderaan itu hendak ditarik.
Menurut laporan, dalam kekecohan yang berlaku pada petang semalam itu, pemilik motosikal yang juga seorang peniaga telah bertindak mencurahkan minyak petrol ke motosikal jenis Honda RSX sebelum membakarnya.
Artikel berkaitan: Kes Pecahkan Kereta Sendiri Ada ‘Plot Twist’, Rupanya Kereta Sambung Bayar Tapi Owner Tak Bayar Di Bank?
Artikel berkaitan: Pernah Tular Kes Wanita Rosakkan Kereta Kena Tarik, Honda City Ini Dilelong Serendah RM2,000
Dah hutang tu bayar lah. tak boleh bayar jangan berhutang. Pasal tu ukur baju bdan sendiri. Masa dia sign agrement tak bace ke. kenderaan tu hak milik sape. pic.twitter.com/qo1XwuABJq
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 26, 2024
Pihak penarik kenderaan tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada hanya melihat tindakan wanita tersebut yang mengejutkan mereka.
“Kami tarik motosikal ini dari JCL. Motosikal ini sudah tidak dibayar 20 bulan. Owner simbah minyak dan bakar,” katanya.
Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dan motosikal berkenaan mengalami kebakaran lebih 80 peratus.
Wanita yang berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.
Sumber: Sinar Harian