in

Tular Usahawan Jenama Tudung Beli Kain Kafan Berjenama, Ini Perkongsian Daripada Dr Izhar Ariff

Izhar Ariff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular isu seorang usahawan jenama tudung popular, Haliza Maysuri yang telah menempah set kain kafan premium daripada pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Datuk Rizalman Ibrahim.

26

Tindakan usahawan jenama tudung itu telah mencetuskan pelbagai pendapat warganet dengan ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan set kain kafan premium tersebut.


Terkini, Profesor Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff iaitu pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah tampil berkongsi pandangan hukum mengenai isu yang tular itu menerusi Facebook.

25

Artikel Berkaitan: “Hidangan lobster segar, bilik air tak perlu Q!” – Netizen Teruja Lihat Khemah Pakej Haji RM250K

Artikel berkaitan: ‘Founder’ Jenama Tudung Sambut ‘Birthday’ Kucing, Siap Pakaikan Baju Bertatah Swarovski

Dalam Islam, mengingati kematian adalah sunnah Nabi SAW agar kita sentiasa menghindari maksiat.

Namun, tiada nas secara jelas yang melarang atau mengharamkan seseorang itu dari membeli kain kafan yang mahal.

Oleh itu, tindakan membeli set kain kafan yang premium atau mahal terbagi hukumnya berdasarkan situasi yang berikut:

1). HARUS membeli set kain kafan yang mahal sejajar dengan kelayakannya.
Namun perbuatannya itu DIRAHSIAKAN dan tidak diuar-uarkan kepada sesiapa kecuali ahli warisnya sahaja. Niatnya baik utk pastikan segala ibadahnya sejajar dengan kehidupan realiti dunianya. Pada masa yang sama pula, dia tidak lupa zakat, sedekah, hadiah, wakaf dll terhadap tuntutan agamanya.
Hukum ini sama seperti jemaah pergi haji dengan pakej mewah RM250K seorang bagi keselesaan jemaah yang berkemampuan ketika menunaikan ibadah.
2). MAKRUH tapi tidak berdosa jika perbuatannya itu diuar-uarkan kepada khalayak ramai bagi tujuan promosi produk dan lain-lain TANPA ada sedikitpun niat takbur dan sombong terhadap orang lain. Perbuatan ini menyebabkan masyarakat Islam bertikam lidah.
3). HARAM jika perbuatannya membeli set kain kafan dan diuar-uarkan kepada khalayak ramai bagi tujuan riak, sombong serta menghina set kain kafan murah yang dimiliki adat/uruf hari ini.
Justeru, kita tidak boleh menghukum perbuatan seseorang itu khususnya melibatkan NIAT kecuali terdapat perbuatan jelas yang menjurus seseorang itu kepada perbuatan haram sebagaimana dinyatakan di atas, ” jelas Dr Izhar Ariff.

Sumber: Facebook Dr Mohd izhar Ariff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.