in

Tular Sebab Komen ‘Type C’, Restoran Makanan Segera Tempatan Mohon Maaf

darsa 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial tentang komen daripada sebuah jenama restoran makanan segera tempatan yang dikatakan cuba menyentuh isu perkauman. Difahamkan, restoran tersebut baru sahaja membuka cawangan pertamanya pada hujung bulan April yang lalu.

Restoran mohon maaf

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi restoran berkenaan, pihak mereka memohon maaf atas kesilapan komen yang telah mengguris hati rakyat Malaysia.


Artikel berkaitan:PDRM Beri Amaran Tegas Terhadap Konten Berbaur Perkauman & Provokasi 

Artikel berkaitan: “Sangat menjijikkan” -Influencer Australia Dedah Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Perkauman Di Korea Selatan

Menurut mereka, mungkin terlalu banyak komen yang ada unsur menjatuhkan sehingga mengganggu fokus admin Facebook tersebut.

Kami memohon maaf dan mengakui ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak megganggu fokus admin kami.

Maka kami telah memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa isu selepas ini untuk mengelakkan kesilapan yang berulang. Kami hanya akan menjawab tentang isu mengenai operasi dan perkara berkaitan yang tidak melibatkan pihak lain.

Dalam pada itu, pihak restoran turut mengalu-alukan kehadiran para pelanggan tidak kira bangsa mahupun agama.

Sebelum ini, restoran tempatan itu telah mendapat kecaman netizen disebabkan komen balas oleh admin Facebook rasmi restoran berkenaan yang menulis perkataan ‘type C’ yang dipercayai merujuk kepada kaum Cina di Malaysia.

Ramai netizen menganggap mereka tidak profesional sehingga memberikan gambaran buruk kerana telah mempermainkan isu perkauman di Malaysia.

darsa 2
Sumber: Facebook

Sumber: Facebook, Malaysiakini

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.