in

Tular Roti Canai Sekeping Dicaj RM9 Di Genting Highlands, Cetus Perdebatan Netizen

roti canai rm9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu harga seekor sotong manis yang didakwa harga tidak masuk akal, kali ini timbul pula harga hidangan roti canai yang mencetuskan perdebatan netizen.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar harga roti canai yang dipesannya di sebuah kafe hotel di Genting Highlands.


Menerusi gambar resit yang dipaparkan, dapat dilihat pesanan nasi lemak, roti telur, roti canai kosong dan dua menu lain. Jumlah keseluruhan termasuklah cukai perkhidmatan 6% adalah sebanyak RM45.

Apa yang mengejutkan apabila pengadu mendapati harga sekeping roti canai kosong berharga RM9 dan sekeping roti telur pula berharga RM11.

“Roti di awangan berterbangan. Roti 1,800 meter,” katanya.

GCScISrbcAAIFt5 GCScIcKbQAAkKKV

Hantaran tersebut turut tular di platform lain dan mendapat pelbagai reaksi netizen mengenai harga ‘kayangan’ yang dikenakan oleh kafe tersebut.

Netizen mempertikaikan harga yang dikenakan agak melampau apabila menu itu dihidangkan di pusat peranginan popular.

Lantaran itu, ada yang mengadu untuk pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan mengenai harga yang didakwa tidak logik.

Screenshot 2023 12 27 124841

Screenshot 2023 12 27 124913Screenshot 2023 12 27 124955

 

 

Bagaimanapun, segelintir netizen mendakwa menu yang dihidangkan di kafe hotel bertaraf lima bintang sememangnya begitu.

Mungkin tiada tindakan diambil kerana ia bukanlah bawah kawalan harga dan pelanggan mempunyai kebebasan untuk membeli atau tidak.

Screenshot 2023 12 27 124828Screenshot 2023 12 27 125014Screenshot 2023 12 27 124929Screenshot 2023 12 27 125054

Apa pula pandangan korang fasal isu ni?

Sumber: Facebook, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.