in

Tular Rakaman Vlogger Dari Australia Pula, Polis Minta Bayar Saman ‘Diskaun’ RM100

lagi polis minta rm100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum reda isu dakwaan seorang anggota polis trafik yang meminta bayar saman RM100 jika tidak mahu ke balai oleh pasangan pelancong warga asing, kini tular satu lagi video yang memaparkan insiden sama yang berlaku di Langkawi.

Kali ini, insiden itu difahamkan telah berlaku kira-kira dua bulan lalu yang membabitkan seorang vlogger terkenal dari Australia.


Dalam kejadian itu, Luke Damant ditahan seorang anggota polis kerana menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar.

Artikel berkaitan: Bukit Aman Siasat Video Tular ‘Bayar di Balai 300, Sini 100’ Libatkan Anggotanya

Artikel berkaitan: “Bayar di sini RM100, di balai RM300” – Warganet Berang, Pelancong Dari UK Diminta Bayar Saman ‘On The Spot’

“Kami di bawa ke lorong belakang”

Sama seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini, Luke diberi pilihan oleh anggota polis yang menahannya untuk membayar saman RM100 di lokasi itu atau membayar saman RM300 di balai yang jaraknya sejauh 10 kilometer.

Luke bersetuju untuk membayar saman sebanyak RM100 dan dia dibawa ke sebuah lorong untuk tujuan pembayaran tersebut.

luke damart

Susulan itu, Luke segera mencari kedai berhampiran untuk membeli topi keledar atas saranan anggota polis terbabit untuk mengelakkan dirinya daripada ditahan lagi.

GE ddbvaoAAytCg

Insiden itu dirakamkan dan dimuat naik di laman Youtube vlogger terbabit yang berjudul ‘I Explored Malaysia’s Most Beautiful Island’.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Perak memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti anggotanya yang didakwa meminta wang daripada pasangan pelancong warga asing yang tular sejak Ahad lalu.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.