in

Tular Pempengaruh Tak Puas Hati Tengok Hasil Dekorasi, Pemiilik ‘Backdrop’ Buat Laporan Polis Sebab..

ft dekorasi belon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang personaliti media sosial ada meluahkan rasa terkilan setelah melihat hasil dekorasi ‘backdrop’ yang ditempah. Menerusi perkongsiannya di Threads, hasil yang dia mahukan tidak sama seperti gambar contoh yang dipamerkan.

Malah dakwanya lagi, kualiti barang yang digunakan untuk dekorasi itu dikatakan tidak berapa elok, comot dan ada yang berkarat.


Artikel berkaitan : [VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah

Artikel berkaitan : “Tahniah Lofa & Riz” – Serba Putih! Ini Dekorasi Dewan Sempena Pernikahan Neelofa & PU Riz

 

View on Thre

Terpanggil dengan isu tersebut, pemilik dekorasi ‘backdrop’ tersebut ada tampil memberikan respon berkenaan dengan kes ini.

Jelasnya, dekorasi tersebut berharga RM350 dan personaliti media sosial tersebut didakwa hanya membayar wang deposit sebanyak RM50 dan juga menghinanya. Tegasnya, dia boleh terima dengan hati yang terbuka dan akan memperbaiki serta meningkatkan mutu kualiti dekorasinya.

Namun, apa yang membuatkan peniaga itu rasa terkilan adalah tindakan personaliti media sosial yang kononnya teraniaya dan menularkan hasil dekorasinya sedangkan tidak membuat bayaran penuh. Bahkan peniaga tersebut ada membuat laporan polis.

“Tak perlu viral bila TAK BAYAR saya dgn konon teraniaya bayar almost rm400? Sedangkan saya yang teraniaya. Saya juga telah membuat laporan polis kerana hal ini akan mengganggu emosi dan bisnes saya. Saya sertakan bukti .”

Dalam perkongsian Threads, peniaga tersebut turut mengepilkan gambar perbualan mereka ketika berurusan sebagai bukti.

 

View on Threads

 

Menjengah ke ruangan komen, isu ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang memberikan kata-kata semangat dan ada juga yang meminta agar peniaga itu ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku untuk menambah baik lagi perkhidmatnya.

Sumber : Threads 1, Threads 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.