Baru-baru ini, tular di media sosial apabila terdapat satu laporan di mana seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikatakan maut selepas latihan ketenteraan.
Dalam laporan sebuah portal itu, difahamkan, pelajar itu meninggal dunia pada 13 November lalu selepas didakwa menjalani latihan yang teruk dan tidak berjadual.
Artikel berkaitan: 5 Pegawai Kadet ALK Dari UPNM Dibatal Lantikan & Perlu Bayar Ganti Rugi
Artikel berkaitan: Jual Video Adegan L*cah Sendiri Hingga Raih RM3K Sebulan, MCMC Kesan Pelajar IPTA
Malah, pelajar itu juga dikatakan didera secara fizikal dengan dipijak di bahagian dada serta dipaksa melakukan aksi seperti kuda lalu ditunggang oleh jurulatihnya.
Pun begitu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata kementerian itu sedang menunggu laporan berkenaan kes tersebut.
“Kami akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi laporan portal itu, insiden yang didakwa berlaku pada 10 November lalu itu sempat dirakam oleh jurulatih tersebut.
Lebih menyedihkan, mangsa berusia 25 tahun itu juga didakwa dibiarkan pengsan di tengah padang dan di bawah terik matahari selama kira-kira 30 minit sebelum dibawa ke hospital.
Sumber: The Star, Malaysiakini