in

Tular Pelajar Hilang ‘File’ Kerja Kursus Yang Perlu Dihantar Lagi 2 Hari, Netizen Kongsi Cara Save Document Di Microsoft Word

f4 file kerja kursus hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah nak menuntut ilmu ni sebab kalau nak berjaya, kita perlu sentiasa rajin dan tabah terutamanya untuk menghadapi ujian dan cabaran.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelajar perempuan menangis kerana dikatakan fail kerja kursusnya hilang sedangkan hanya berbaki dua hari lagi sebelum kerja kursus itu perlu dihantar.


Video tersebut telah mendapat perhatian warganet setelah dikongsikan di platform media sosial X.

Rata-rata warganet turut bersimpati dengan pelajar itu dan dalam masa yang sama, ada juga individu yang berkongsikan cara untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

Dalam perkongsian seorang pengguna X yang dikenali sebagai Fakrullah Samerin, jika anda menggunakan Microsoft Words untuk menyiapkan sesuatu tugasan sekolah atau universiti, jangan lupa untuk tickSave AutoRecover information‘ di bahagian tetapan perisian tersebut.

Artikel Berkaitan: Pemuda Nekad Nak Berhenti Belajar Dipercayai Sebab Depresi, Tindakan Lecturer Buat Ramai Buka Mata!

Artikel Berkaitan: “Kami bukan robot!” – Tular Notis Pelajar ‘Sound’ Pensyarah, Netizen Kata Generasi Sekarang Lemah?

Di bahagian tetapan tersebut, anda boleh pilih nak set masa selama berapa minit untuk settings terbabit, kalau nak selamat, disarankan untuk set masa 1 minit.

Dengan ini, jika komputer riba anda rosak atau tiba-tiba terpadam tanpa sempat menekan ‘Save’, Insya Allah anda masih berpeluang untuk recover balik file Microsoft Docs tersebut.

10

Selain itu, anda juga digalakkan untuk simpan file penting di Google Drive atau OneDrive sebagai fail sandaran.

Walaupun sekarang ni dah jarang orang guna pendrive, namun jika fail itu sangat penting, anda boleh backup fail tersebut di dalam pendrive juga. Barulah selamat kan bila ada banyak copy file yang penting tu. 

Apa-apa pun, semoga pelajar tadi tabah dengan ujian ni dan semoga dia sempat hantar kerja kursus tu sebelum deadline. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.