Kalau korang perasan bulan Ramadan tahun ni, banyak isu yang timbul mengenai makanan rosak yang dijual di bazar Ramadan.
Beberapa hari lepas, tular nasi kerabu berulat yang didakwa dijual di Bazar Ramadan Dataran Melang. Bagaimanapun, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) menafikan kejadian itu berlaku di bazar berkenaan.
Nasi kerabu berulat beli di bazar
Dalam satu video yang tular, terdapat satu bungkus nasi kerabu berlauk ayam yang sudah rosak sehingga keluar beberapa ekor ulat hidup. Individu tersebut berkata dia sudah makan sebahagian daripada nasi itu sebelum menyedari kejadian itu.
Artikel berkaitan: “Neraka Wail menanti” – Mufti Pulau Pinang Ulas Isu Peniaga Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
Artikel berkaitan: “Baru nak makan sekali..” – Wanita Terkilan Nasi Ayam Dibeli Di Bazar Ramadan Berlendir
Menurut Sinar Harian, penguat kuasa MDKP bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah telah pergi ke lokasi bazar selepas mendapat aduan mengenai kejadian itu. Hasil pemeriksaan kepada beberapa lot jualan nasi kerabu, mereka mendapati masakan yang dijual adalah dalam keadaan yang baik.
Hasil daripada pemeriksaan makanan bersama Pejabat Kesihatan Daerah mendapati masakan yang dijual adalah baharu dan tiada kesan makanan lama yang digoreng semula. – Yang Dipertua MDKP, Mohd Faizal Abd Manap
Selain itu, bungkusan makanan yang digunakan oleh peniaga juga lain daripada video yang tular itu. Pihak MDKP ada menghubungi pengadu namun dia sendiri tidak dapat mengesahkan dengan tepat tentang aduan tersebut.
Apabila pengadu cuba dihubungi, pengadu sendiri tidak dapat mengesahkan maklumat yang tepat tentang sumber aduan tersebut. Dikhuatiri aduan ini bersifat fitnah, berkemungkinan dibeli tempat lain tetapi memburukkan bazar di Kuala Pilah.
Jangan sebarkan perkara yang tidak tepat
Dalam pada itu, MDKP menafikan meminta pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan apa-apa kenyataan yang tidak tepat dan dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah.
Orang ramai terutamanya pelayar media sosial sering kali diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa sumber sahih dan bukti yang mencukupi.
Pihaknya juga meminta orang ramai untuk membuat aduan kepada MDKP jika makanan yang dibeli di bazar Ramadan Kuala Pilah telah rosak.
Bagaimanapun jika ada aduan berkaitan dengan makanan atau harga membabitkan peniaga bazar, orang ramai boleh membuat aduan terus ke MDKP dengan menyatakan maklumat lengkap seperti tarikh dan nombor gerai yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.
Betul tu, belum pasti jangan kongsi..
Sumber: Sinar Harian