Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang penyokong Malaysia menangis selepas pasukan Harimau Malaya menghadiahkan gol dalam perlawanan menentang Korea Selatan malam tadi di Stadium Al Janoub, Qatar.
Reaksi abang berambut perang yang menjerit sambil menangis kegembiraan itu telah mencuri tumpuan buat ramai penyokong bolah sepak negara.
@nurulakmarisa 👏👏👏 #asiancup2023 #harimaumalaya #Malaysia #korea
♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS
Rupa-rupanya, ada kisah menarik di sebalik abang berambut perang yang dikenali sebagai Derrick Gan ini.
Artikel berkaitan: “Sebak pulak tengok” – Peminat OKU Harimau Malaya Sanggup Terbang Ke Doha, Demi Nak ‘Dengar’ Malaysia Menang
Artikel berkaitan: “Mereka menang banyak tapi…” – ‘Podcast’ Antarabangsa Ramal Kedudukan Harimau Malaya Di Piala Asia
Menerusi pendedahan yang dikongsikan netizen, Derrick Gan yang merupakan lelaki berbangsa Cina dari Melaka sanggup menggadaikan motosikalnya jenis Yamaha LC bagi membiayai perjalanannya ke Qatar.
Dia pernah memuat naik satu iklan jualan motosikalnya pada 28 Disember lepas. Dia melepaskan motosikal kesayangannya pada harga RM4,500 demi merealisasikan impian dan menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada pasukan Harimau Malaya di Qatar.
Rata-rata pengguna media sosial turut menyifatkan reaksi Derrick itu sungguh bernilai kerana menggambarkan perasaan seluruh rakyat Malaysia saat gol sepakan penalti dijaringkan Arif Aiman Hanapi.
Seorang pengguna Facebook, Nordin Mat mengatakan Derrick adalah lambang kepada semangat patriotik dan cintakan negara bagi menyumbang sokongan serta sorakan kepada pasukan Harimau Malaya.
Sementara itu, melalui perkongsian GTR Burger di Facebook, ada pihak yang mahu belikan semula motosikal lelaki itu dan beri kepadanya.
Terdahulu, Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam tadi.