Baru-baru ini, tular di X perbincangan mengenai kos makan minum banduan yang didakwa bernilai RM41 sehari dan perkara ini telah dibandingkan dengan kos makanan pelajar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hanya bernilai di antara RM3-RM4.
Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana rata-rata berpendapat ia sangatlah tidak adil bagi seorang banduan menerima kos makanan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang menuntut ilmu di sekolah.
Sumber:
Kos banduan RM41 https://t.co/7mxRR7lx6i
Kos RMT https://t.co/xdDJ7ZKg3A pic.twitter.com/5kxaYxQ0uT
— Afyan Mat Rawi, IFP (@afyanIFP) February 24, 2024
Artikel berkaitan: “Macam parkour” – Tular Video Panjat Dinding Lokap, Polis Sabah Buru Banduan
Artikel berkaitan: “Agak-agaklah bagi budak makan” – Ramai Terkejut Tengok Kuantiti Makanan Pelajar RMT di Pahang
Jabatan Penjara perjelas, bukan RM41 tapi RM50
Susulan isu berkenaan, Jabatan Penjara Malaysia di X tampil menjelaskan isu berkenaan kos pengurusan penjara bagi seorang banduan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Penjara menyatakan bahawa kos pengurusan bagi seorang prospek (banduan) untuk sehari kini adalah RM50 dan bukan RM41, yang mana ia juga melibatkan kos keperluan asas, kos gaji, emoulmen anggota serta kakitangan penjara dan bukan hanya perbelanjaan makan minum sahaja.
MAKLUMBALAS BERKAITAN POSTING TULAR KOS MAKAN MINUM PROSPEK (BANDUAN) DI MALAYSIA
Untuk makluman @afyanIFP Jabatan Penjara Malaysia ingin menyatakan sekali lagi bahawa, kos pengurusan penjara bagi seorang prospek untuk sehari kini adalah RM50. pic.twitter.com/YF1DI9piOz
— Penjara Malaysia (@penjaramalaysia) February 24, 2024
Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan individu itu agak mengelirukan dan tidak menggambarkan kos operasi sebenar pengurusan untuk seorang banduan sehari.
Individu yang menularkan isu berkenaan walau bagaimanapun sudah memohon maaf atas kesilapannya dan berharap orang lain tidak terkeliru lagi dengan isu ini.
Berikut antara perincian perbelanjaan yang dikongsikan oleh netizen di X:
Kesian Jabatan Penjara semalam ramai yang berspekulasi.. Walhal kos RM41/hari sebelum ni dah naik kepada RM50/hari, yang mana ia merangkumi kos perbelanjaan mengurus harian seseorang banduan..
Bukan kos makan saja.. https://t.co/MzSqZxgChd pic.twitter.com/mvQVI0qQUs
— Jalal Misai (@jllmisai) February 25, 2024
Mahal juga ya kos pengurusan seorang banduan. Apa pendapat korang tentang hal ini?
Sumber: X