Siapa sahaja yang tidak mengenali Yoo Jae-suk? Pengacara nombor 1 Korea Selatan itu bukan sahaja popular kerana rancangan realiti seperti Running Man, malah keperibadian dia turut dipuji ramai selebriti dan peminat.
Terbaharu, sebelum ini kecoh di media Korea Selatan berkenaan dakwaan pengacara itu memukul isterinya. Satu entri bertajuk ‘Kenapa kontroversi berkaitan keganasan Yoo Jae-suk terhadap Na Kyung-eun ialah serius?’ telah tular dalam kalangan warganet di sana.
Menerusi entri tersebut, terselit tuduhan bahawa Yoo Jae-suk telah memukul isterinya. Malah, entri tersebut turut menyertakan video yang seolah-olah memberi gambaran isteri pengacara tersebut, Na Kyung-eun telah dipukul.
Portal tersebut turut menyelitkan beberapa berita berkaitan rumah tangga selebriti popular yang lain seperti Kim Yuna dan Baek Jong-won.
Meskipun berita tersebut kelihatan tidak logik memandangkan Yoo Jae-suk bukahlah sebegitu, namun ia kadang kala dipercayai oleh golongan tua. Mengulas isu tersebut, Yoo Jae-suk berkata:
“Masalahnya berita palsu tersebar seperti cerita sebenar. Lagi memenatkan apabila mangsa khabar angin itu yang perlu menjelaskan semuanya dan membuktikan bahawa ianya salah.”, ulas pengacara itu.
Jangan mudah percaya apa yang anda baca di media sosial!
Kredit: Kimchi Daily
BACA: Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod Running Man Paling ‘Pecah’ Yang Anda Wajib Tonton