in

Tular Kejadian Pergaduhan Di Genting Highlands, Polis Buka Kertas Siasatan

Genting Highlands

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial video sekumpulan lelaki bergaduh di Genting Highlands beberapa hari lalu.

Insiden pergaduhan itu dipercayai berlaku di SkyAvenue.


Susulan video pergaduhan yang tular di platform media sosial itu, dua laporan polis telah diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Bentong, Pahang berkaitan pergaduhan tersebut, lapor Sinar Harian.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Ini kerana difahamkan, kejadian pergaduhan itu berlaku melibatkan senjata.

2

Artikel Berkaitan: “Sebab saya tidak lagi berbasikal. Penunggang tetap salah.” – Ryzal Ibrahim Ulas Video Geng Basikal Bertengkar Dengan Pemandu Bas

Artikel berkaitan: Netizen Kecam Tindakan ‘Cyclist’ Ketuk Kereta Sampai Kemek Sebab Tak Puas Hati Kena Hon

Suspek-suspek yang terlibat juga sedang dikenal pasti oleh pihak polis.

Pihak polis turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang pergaduhan itu untuk tampil bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

1 1

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.