in

Tular Jual Stoking Tulisan Kalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf & Henti Penjualan

Kk 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular semalam di media sosial mengenai isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangan kedai runcit ternama iaitu KK Super Mart, Bandar Sunway.

Hantaran yang dimuat naik oleh @firdauswong di Instagram telah membuatkan ramai pengikutnya berasa kecewa dengan kecuaian pihak pengurusan KK Super Mart.


Kk 4

Tak jaga sensitiviti agama Islam

Dalam hantaran tersebut, Firdaus Wong menunjukkan gambar sepasang stoking berwarna putih yang jelas tertera kalimah Allah. Kalimah tersebut diletakkan di bahagian getah stoking dan ia dijual dengan harga RM6.99.

Kk 5

Firdaus bagaimanapun meluahkan rasa kecewa di kapsyen hantaran tersebut serta meminta pihak berkuasa siasat isu penjualan stoking tersebut.

Bagaimana stoking yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif? Harap pihak berkuasa siasat segera.

Artikel berkaitan: Polis Gugur Kalimah Allah? Ini Penjelasan PDRM Kenapa Sesetengah Logo Tak Ada Kalimah Allah & Muhammad

Artikel berkaitan: Ribuan Umat Islam Hentam Nike Mengandungi Kalimah Allah Di Bahagian Tapak Kaki

Di ruangan komen juga, ramai pengikutnya turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak pengeluar stoking.

Kk 1 Kk 2

KK Super Mart mohon maaf

Bagaimanapun, pihak pengurusan KK Super Mart telah membuat permohonan maaf kepada umum mengenai kesilapan penjualan stoking jenama MIRANOSOCK di cawangan KK Super Mart Bandar Sunway.

KK Super Mart juga menjelaskan stoking tersebut merupakan produk consignment (aturan barang yang ditinggalkan oleh pihak ketiga untuk dijual) dan mereka juga telah berhubung dengan pihak vendor bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Meninjau di ruangan komen, tindakan pantas pihak KK Super Mart telah dipuji oleh pengguna Facebook.

Kk 6 Kk 7

Harap isu macam ni tak jadi dah lepas ni..

Sumber: Instagram, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.