Seperti yang kita sedia maklum, 20 November lepas merupakan sambutan hari kanak-kanak dan banyak sekolah yang meraikannya terutama di taska, tadika dan sekolah rendah.
Tidak dinafikan sempena sambutan itu, pihak sekolah dan taska telah meraikan dengan tema-tema menarik bercirikan kanak-kanak.
Pun begitu, telah tular satu posting di Threads oleh ibu seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun ini yang mendedahkan sekolah anaknya membuat tema haiwan untuk hari sambutan itu.
Demi mengikuti tema sambutan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Umar ini telah membuat permintaan kepada ibunya.
Artikel berkaitan : Kanak-kanak 7 Tahun Trauma Hampir Dib*nuh Ibu, Masih Bertanya Tentang Adik
Artikel berkaitan : “Aku takkan stop buat video” – Aqil Zulkiflee Terharu Lakar Senyuman Buat Kanak-kanak Kehilangan Orang Tersayang
“Buat apa aku bazir-bazir duit”
Dia meminta si ibu untuk membelikan baju tema haiwan secara atas talian. Bagaimanapun, ibunya memberi respon yang membuatkan ramai netizen tersentak apabila terbacanya.
Meskipun perkongsian ibu ini telah dipadam, ramai di kalangan netizen mempersoalkan ayat balasan si ibu yang dikatakan agak kasar terhadap anaknya.
Si ibunya merasa tidak berbaloi jika dia ingin membelikan pakaian tersebut jika ia hanya boleh dipakai sekali sahaja.

Perkongsian tersebut dilihat telah mengundang kecaman netizen dan ramai yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak bernama Umar ini.
Lebih menarik perhatian, pereka fesyen Fizi Woo tiba-tiba bersuara di Threads meluahkan keinginannya merealisasikan impian Umar dengan membuat baju Capybara.

Selain Fizi, pelakon dan penyanyi terkenal Fazura juga antara individu yang terpanggil untuk bersuara mengenai kes adik Umar ini.

Sumber : Threads @fiziwoo89, @mieschamie
