in

Tular Gambar Remaja di LRT, Ramai Geram Kenapa Tak Tegur

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau naik kenderaan awam, kita pandai-pandailah jaga adab. Itukan untuk kegunaan semua.

Baru-baru ni, tular gambar lelaki yang dipercayai masih remaja di sebab dah conquer tempat duduk dekat dalam LRT. Situasi ni dah didedahkan oleh seorang pengguna Twitter.


H1
sumber: twitter

Dalam kedua-dua gambar tersebut, jelas kelihatan tiga remaja tu duduk dalam LRT dengan kaki yang diangkat dan memenuhi kelima-lima ruang duduk. Dorang juga berkemungkinan hanya berpura-pura sedang tidur dan kesemuanya menutup muka masing-masing.

B1
sumber: twitter
B2
sumber: twitter

Of course dua-dua gambar tu buat ramai bengang dan marah dengan tindakan remaja-remaja tersebut.

Cats4
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, ada juga antara mereka yang marah dan bengang sebab gambar ini viral je tapi ketika kejadian tiada siapa yang tegur dorang. Orang ramai rasa takde penyelesaian bagi masalah macam ni dan remaja-remaja tu pun tak dapat apa-apa pengajaran.

Cats5
sumber: twitter

Namun begitu, ada yang menjelaskan sebab kenapa bila berdepan dengan situasi ni, ramai yang memilih untuk diam dan tidak tegur. Pengguna Twitter yang viralkan gambar ni pun memberitahu tidak menegur kerana takut dibantai mereka. Erk!

Cats6
sumber: twitter

Hmm.. Budak-budak tu pun agak-agaklah kalau guna kenderaan awam. Perlulah ada kesedaran sikit dalam hal ni. Ada juga yang cuba dapatkan perhatian RapidKL tentang isu ni supaya masalah macam ni dapat dielakkan di masa depan dengan mencadangkan supaya ada pegawai yang jaga dalam tren tu. Betul jugak tu.

Jangan buat perangai macam ni ye…

Baca: TERKINI: Penumpang Mati Lepas Terjatuh Atas Trek LRT Pusat Bandar Puchong

Fr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.