in

Tular Gambar Pintu Kapal Terbang Alaska Airline ‘Made In Malaysia’, Anthony Loke Belum Ada Info

kapal terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial apabila tularnya satu gambar di platform X yang memaparkan pintu kapal tertera tulisan Made in Malaysia (buatan Malaysia) terbang Alaska Airline yang terbabit dalam satu insiden letupan di mana pintu tersebut tercabut ketika sedang di udara.

Artikel berkaitan: Pesawat Alaska Airlines Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Apabila Panel Tingkap Kapal Terbang Bahagian Penumpang Tercabut


Artikel berkaitan: Penumpang Kapal Terbang Ini Berdepan Detik Cemas, Tangan Tersekat Dalam Cup Holder Tempat Duduk

Susulan gambar itu tular, ramai netizen tertanya-tanya apakah pintu tersebut benar-benar buatan Malaysia atau sekadar hoax.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata setakat hari ini beliau masih menerima apa-apa kenyataan atau informasi berkenaan gambar yang tular itu.

“(Oleh itu) saya tidak boleh mengulas mengenai itu. Pertama, ia bukan di bawah bidang kuasa kami, jadi saya tidak boleh mengulas secara umum.

Selain itu, kita tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Kita hanya mengikuti laporan media sebagai pemerhati sekarang.

Sekiranya ada laporan rasmi daripada syarikat penerbangan itu, kami akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) meneliti isu itu,” katanya.

Laporan portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) mendakwa nombor siri dan butiran pembuatan tambahan serta ayat Made in Malaysia yang tertera di door plug itu seperti ditulis tangan dengan marker pen yang berdakwat kekal.

Sebeleum ini, pada 5 Januari lalu, pintu sebuah kapal terbang jenis Boeing 737 dilaporkan tercabut dari kapal terbang tersebut ketika ia sedang berada pada ketinggian kira-kira 16,000 kaki (4,877 m).

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.