Baru-baru ini, tular beberapa gambar di TikTok memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki dewasa terhadap kanak-kanak perempuan yang mendapat perhatian ramai.
Dalam foto berkenaan, seorang lelaki dilihat telah mencium kanak-kanak perempuan tersebut ketika di atas motosikal dan sebuah lagi foto yang memaparkan lelaki berkenaan memegang wajah kanak-kanak itu yang mana masing-masing kelihatan sedondon dengan memakai baju raya berwarna hijau.
Susulan itu, netizen memohon pihak berkuasa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan. Menurut netizen, individu berkenaan juga sudah memadam gambar tersebut daripada profil miliknya.
Artikel berkaitan: “Tiada bukti” – Guru MRSM Tak Terlibat Aktiviti Pedofilia, Polis Siasat Penulis
Artikel berkaitan: Polis Tidak Terima Laporan Berhubung Kes Kanak-kanak Hampir Diculik Di Genting Highland
“Terima kasih polis dan pihak yang ‘tag’ saya” – Nancy Shukri
Cakna dengan isu yang berlaku, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri memaklumkan pihak berkuasa sudah menjalankan siasatan terhadap kes ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaku.
Menurut hantarannya di X, beliau juga berterima kasih kepada PDRM dan netizen yang menyampaikan isu tersebut kepadanya.
Polis sudah mulakan siasatan dan semakan untuk mendapatkan info pelaku.
“Pelindung JKM juga bersedia menjalankan tugas once info diterima untuk tindakan susulan kami.
“Terima kasih PDRM dan semua yang tag saya. Perlindungan kanak-kanak tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Risau bila tengok gambar-gambar macam ni. Entah apalah yang ada dalam kepala si pelaku.