Dapat dilihat ketika ini Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan telah digunakan dalam setiap perkara. Walaupun kewujudan AI ada membawa kebaikan tetapi tidak boleh dinafikan penggunaan ini juga memberikan kesan sebaliknya.
Kecoh di media sosial mengenai satu poster rasmi sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields yang didapati dijana dengan bantuan AI.
Pada dasarnya, tidaklah menjadi satu kesalahan menggunakan bantuan AI, namun poster terbabit memperlihatkan menara berkembar KLCC dengan tambahan satu menara sekali gus menghilangkan identiti menara berkenaan.
Artikel berkaitan: Google Bakal Keluarkan ‘Genesis’, Guna Teknologi AI Untuk Hasilkan Berita
Artikel berkaitan: Anjurkan Pertandingan Poster AI Sempena Hari Kraf Kebangsaan, Ini Respons Ujang
Perkara itu telah meraih perhatian ramai terutama pereka grafik digital yang meluahkan rasa kecewa melihat poster berkenaan.
Syarikat pengiklanan mohon maaf
Susulan penularan poster terbabit, pihak IPD Brickfields dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa poster berkenaan dari Papan Iklan Digital di kawasan Desa Sri Hartamas dan telah menasihatkan pemilik syarikat pengiklanan untuk menurunkan iklan tersebut dengan serta-merta.
Dalam perkembangan terbaharu, syarikat WOW Media Sdn Bhd tampil membuat permohonan maaf selepas menyedari akan kesalahan pada paparan iklan tersebut.
Untuk mengelakkan sebarang salah faham, pihaknya telah memadam visual tersebut daripada tatapan awam.
Katanya, pihak mereka akan menilai semula prosedur untuk mengelakkan sebarang masalah yang serupa berulang lagi pada masa akan datang.
Sumber: Facebook (1), (2)