in

Tular Foto Majlis Siraman & Khatam Al-Quran, Anakanda Sultan Pahang Tengku Muhammad Bakal Berkahwin Bulan Ini

Tengku Muhammad Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Ogos lalu, meriah diperkatakan mengenai perkahwinan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah iaitu anakanda kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, FD Idzham.

Kini seorang lagi anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada hujung bulan ini.


Menerusi posting di page Kesultanan Pahang, tular foto memaparkan beberapa istiadat diadakan bersempena perkahwinan tersebut. Antaranya ialah Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri, Majlis Siraman dan Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: “Berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan” – Sultan Pahang Sebak Umum Perkahwinan Tengku Afzan

Artikel berkaitan: “Langit cinta” – Tular Poster Istiadat Perkahwinan Diraja, Tengku Puteri Afzan Bakal Bergelar Isteri?

Kesemua majlis ini dihadiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan, Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah,  Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober, 25 Oktober dan 27 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Wah masing-masing sama cantik sama padan ya. Tak sabar nak tengok perkahwinan pasangan diraja ini. 

Sumber: FB Kesultanan Pahang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.