Baru-baru ini, tular di media sosial memperlihatkan satu klip video yang berlaku di sebuah residensi yang terletak di Kajang di mana seekor anjing jenis Husky telah didera oleh tuannya.
Difahamkan rakaman daripada balkoni rumah itu memperlihatkan anjing tersebut seperti ditampar berkali-kali oleh tuannya sebelum beredar.
Artikel berkaitan : Budak Sekolah Berdepan Detik Cemas, Menjerit Minta Tolong Kena Kejar Sekumpulan Anjing Liar
Artikel berkaitan : Anjing Peliharaan Penghuni Apartment Didakwa Serang Individu Sampai Cedera, Undang Kemarahan Ramai
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai netizen bengang dan marah terhadap sikap si pelaku itu, malah ada yang turut mempertikaikan keputusan pemilik yang membela anjing baka ini jika hanya ingin menderanya.
Bagaimanapun dengan tularnya video ini, Caprice maklumkan bahawa anjing itu telah berjaya diselamatkan hari ini oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar.
View this post on Instagram
Bersimpati dengan nasib Husky tersebut, ramai yang menawarkan diri untuk membela anjing itu selain kelegaan orang ramai melihat keadaannya yang kini dilindungi dengan baik.
Sumber : Instagram